ARKIB

KATEGORI

Buletin

Dominic Toretto ‘copy ori’ buat kemunculan dalam iklan terbaharu Nissan Navara

Berita Tempatan

Views
Nissan Navara:  The New Kind of Gaya

Laman YouTube Nissan Malaysia sejak beberapa hari lalu mula menyiarkan dua siri iklan komersial terbaharu bagi model ‘ibu segala trak pikap’ iaitu Nissan Navara.

Apa yang menariknya, video yang diinspirasikan dari filem aksi ‘The Fast & Furious‘ itu menampilkan watak Dominic Toretto versi ‘copy ori’.

Jika anda perasan, lelaki yang melakonkan watak Dominic Toretto itu sebenarnya pernah tular beberapa kali sebelum ini di media sosial dan digelar sebagai versi ‘copy ori’ oleh warganet.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?

Siri pertama iklan Navara itu bertajuk “The New Kind of Gaya” memaparkan babak pemilik kereta sedang ber’parti’ di suatu kawasan lapang. Tiba-tiba sebuah Navara muncul, lantas menarik perhatian gadis-gadis.

Toretto ‘copy ori’ turun dari Navara itu lalu disapa oleh beberapa orang gadis. Pada penghujung video kelihatan bahagian belakang trak pikap itu dijadikan kolam renang mini dan Toretto ‘copy ori’ itu menyebut “let’s party!“.

Siri kedua pula bertajuk “Keep Calm. Drive Safe. Stay Cool​”, menampilkan aksi kejar-mengejar dua buah kereta iaitu Datsun Fairlady 280Z dan Toyota Celica berwarna hitam yang dipandu secara berbahaya.

JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k

Kedua-dua kereta itu melintasi Navara yang dipandu oleh Toretto ‘copy ori’ dan beberapa ciri keselamatan pada trak pikap tersebut telah diaktifkan, antaranya sistem amaran titik buta, amaran ramalan pelanggaran dan brek kecemasan automatik.

Pada babak akhir kelihatan kedua-dua kereta hitam itu berlanggar dari arah belakang dan ketika Navara tersebut melintas, Toretto ‘copy ori’ menasihati kedua-dua pemandu kereta hitam itu supaya “jangan selalu tonton wayang” dan terus berlalu pergi.

* Mujurlah Toretto ‘copy ori’ tak perli “tak sayang keluarga ke”. Jom tonton video ini!

Nissan Navara: Keep Calm. Drive Safe. Stay Cool​

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply