ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hot Wheels mula jual model skala 1:64 Proton Saga!

Berita Tempatan

Views

Menerusi satu hantaran di akaun Facebook rasminya, Hot Wheels mengumumkan, model skala 1:64 kereta nasional pertama negara, Proton Saga telah pun mula dijual di gedung membeli-belah utama, kedai-kedai mainan dan juga kedai serbaneka di seluruh negara, sejak semalam.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?

Versi yang dijual ini merupakan Hot Wheels Basic Car dalam kategori Dash B dan bukanlah versi edisi terhad yang pek bungkusannya direka oleh kanak-kanak berusia 9 tahun dari Pulau Pinang, Saw Jane Harn. Edisi terhad tersebut hanya akan mula dijual mulai tahun hadapan.

Bukan itu sahaja, acara ‘buka kotak’ atau ‘unboxing‘ model die-cast Proton Saga ini akan diadakan secara langsung di Pavilion Bukit Jalil pada 8 dan 15 Oktober, jam 10.00 pagi, manakala pada 14 Oktober, jam 5.00 petang.

JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k

Seperti kebiasaan bagi model Hot Wheels Basic Car, Proton Saga ini akan dijual pada harga RM9.90 di pasaran. Namun seperti biasa, para ‘scalpers‘ sudah mula menjalankan modus operandi mereka di platform jualan atas talian dengan meletakkan tanda harga yang berlipat kali ganda.

Hot Wheels dan Proton telah melancarkan prototaip kolaborasi pertama mereka Proton Saga ‘generasi pertama’ keluaran 1985 pada tahun lalu, bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-40 Mattel Malaysia.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Hot Wheels dan Mohd Fadzil Abu Naim

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply