ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kenderaan elektrik Proton, apa kesudahannya?

Views

Dikala usia bumi yang semakin tua dan uzur disebabkan pencemaran alam sekitar, evolusi dunia automotif mula terarah kepada pembangunan kenderaan elektrik yang lebih mesra alam dan mampan. Faktor kekurangan sumber minyak pada masa hadapan dan ketidaktentuan harga minyak global juga mungkin menjadi punca banyak pengeluar kenderaan mula beralih kepada sumber bahan api alternatif. Akhir akhir ini muncul beberapa jenama yang boleh kami gelar sebagai ‘hipster’ dan ‘indie’ seperti Tesla, Faraday Future, LeEco dan beberapa lagi yang mempunyai kepakaran khusus untuk mengeluarkan kenderaan elektrik.

Beberapa negara juga mula mengubah polisi mereka, sebagai contoh Jerman dan China yang telah mula mengorak langkah untuk merevolusikan kenderaan elektrik sebagai nadi penggerak utama pada masa depan. Jerman bakal mengharamkan kenderaan berenjin petrol dan diesel menjelang tahun 2030 dan kini badan perundangan Bundesrat di Jerman, yang mewakili 16 negeri dalam negara tersebut sedang mengemukakan resolusi dan mendesak Suruhanjaya EU untuk mengeluarkan arahan yang sama merentasi keseluruhan negara Kesatuan Eropah. Resolusi ini boleh menetapkan satu anjakan paradigma yang bakal diikuti oleh negara EU yang lain.

China sudah pun memulakan langkah awal ke arah penggunaan kenderaan elektrik pada masa depan dengan perancangan Beijing untuk memperkenalkan sistem perdagangan karbon mulai 2018. Ini bakal memaksa pengeluar kereta yang menjual lebih 50,000 unit kenderaan setiap tahun dalam pasaran tempatan untuk menghasilkan kenderaan elektrik yang akan dibangunkan di dalam negara tembok besar tersebut.

saga-electro-2

Illustrasi Proton Saga Electro dari Fenoria.com

Proton sebagai pengeluar kenderaan pertama di Malaysia telah pun melaksanakan program teknologi mesra alam dan kenderaan elektriknya. Namun buat masa ini belum ada lagi kedengaran perancangan Proton untuk memperkenalkan model kenderaan elektrik pertama mereka ke pasaran. Kita pernah mendengar kisah kejayaan membanggakan Proton Exora REEV yang berjaya memenangi Best Overall Extender Range/Plug-in Hybrid Vehicle & The Most Energy Efficient Multi-Purpose Car-Prototype dalam cabaran RAC Future Car Challenge pada tahun 2011.

Selain itu, kita juga pernah melihat Proton mempamerkan beberapa prototaip kenderaan berteknologi elektrik mereka seperti Saga EV, Exora REEV, model konsep EMAS dan Prevé REEV, namun tiada satu pun yang dikomersilkan sehingga ke hari ini. Kali terakhir Proton mempamerkan kenderaan elektrik mereka adalah semasa iGEM 2015 dengan memperkenalkan Iriz EV. Ia mampu bergerak sejauh 300km sebelum dicas semula. Kelajuan maksimumnya mencecah 150km/h dengan kepantasan dari 0-100km/h mengambil masa hanya 9 saat. Kenderaan ini dibangunkan bersama firma dari Korea Selatan, LG dan agak malang model ini juga masih belum muncul.

18ay3zcmj5dnkjpg

Illustrasi model Proton Persona elektrik dari Detroit Electric

Proton juga pernah mengadakan pakatan strategik bersama Detroit Electric Holdings Ltd untuk membangunkan kenderaan elektrik yang dilesenkan menggunakan platform Persona dan Gen2 pada tahun 2009 namun isyarat ‘ping’ projek ini juga hilang tanpa dapat dikesan radar dan ianya lebih misteri dari tragedi MH370. Yang wujudnya, hanyalah model kereta sport elektrik SP:01 yang dibangunkan dari model Lotus Elise. Menurut perjanjian tersebut Detroit Electric akan memasarkan kenderaan tersebut menggunakan jenama mereka ke pasaran Amerika Syarikat, UK, Eropah dan China pada 2010.

Sebenarnya masih belum terlambat bagi Proton untuk meneruskan pembangunan kenderaan elektrik mereka kerana ia mempunyai potensi besar pada masa depan. Proton boleh menggunakan Saga 2016 sebagai model EV komersil yang pertama dan menjadikannya sebagai kereta elektrik kos rendah untuk dipasarkan secara global. Sebagai contoh Saga Electro yang diilhamkan oleh rakan kami Fenoria.com boleh direalisasikan jika Proton mahu meneruskan program hijau ini pada masa akan datang.

11028024_996847890338696_4915162393140502128_n

Proton Iriz EV

Mungkin Proton perlu mencari rakan strategik yang sesuai untuk bersama-sama membangunkan projek tersebut serta membina lebih banyak fasiliti pengecasan di tempat tempat strategik secara berperingkat. Kerajaan Malaysia juga perlu memberi lebih banyak geran untuk penyelidikan dan pembangunan kepada syarikat yang membangunkan kenderaan elektrik serta tidak mengenakan cukai kepada kenderaan tersebut untuk menggalakkan penggunaannya.

Manalah tahu tahun 2020 nanti merupakan permulaan revolusi kenderaan elektrik di Malaysia, nak tengok kereta terbang macam gambaran artis dahulu mungkin tidak kesampaian lagi. Setidak-tidaknya anda boleh la ber’selfie’ sambil mengecas kenderaan EV suatu hari nanti sambil memuat naik gambar tersebut ke akaun media sosial masing masing kan?

KLIK UNTUK BESARKAN

saga-electro-1 saga-electro-2 11028024_996847890338696_4915162393140502128_n dsc_0720 18ay3zcmj5dnkjpg

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

6 Comments


  • pernah brlaku di Malaysia…pembeli Honda Insight Hybrid mengalami kerosakan bateri tak sampai 6 bulan pakai kereta…Honda tak mahu ganti dan kos bateripun RM20,000 sehingga kes dirujuk kepada Kementerian


  • ibarat irama dan lagu…….
    delay dan proton tidak dapat dipisahkan…..

    kelemahan pengurusan..merancang sesuatu yang tidak mampu dilakukan
    kos dan masa bukan hanya halangan
    kemampuan staff juga perlu diambil perhatian

    bila nak tambah design team?
    atau
    bila boleh tukarkan azlano?
    buruk beno persona baru tu teman tengok..sori lari tajuk

    harapan…selepas lauch enjin baru tahun 2018….
    boleh la fokus kt eev ni pula

    bab enjin….proton okey..ade penambahbaikan..
    bab design aje..makin lama makin ke belakang
    kata timeless..tp nampak dah ketinggalan
    oohh..azlan

Leave a Reply