ARKIB

KATEGORI

Buletin

Anggota polis parah dirempuh Toyota Vios dipandu pemandu ‘lalok’ dadah

Berita Tempatan

Views

Seorang anggota polis cedera parah selepas dirempuh sebuah Toyota Vios dipandu pemandu yang positif dadah ketika bertugas di sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Besar Seri Kembangan di Serdang, awal pagi semalam.

Sinar Harian melaporkan, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalangan berkata, dalam kejadian jam 1.53 pagi itu mangsa, Lans Koperal Meor Mohd Asri, 33, mengalami patah kaki kanan, cedera di kedua-dua belah tangan dan menerima sebanyak enam jahitan di kepala.

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV

Menurutnya, sepasukan polis dari Balai Polis Seri Kembangan bersama unit kereta peronda (MPV) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang berjaya menahan tiga orang suspek di Jalan SP5/2 Taman Serdang Perdana sekitar jam 5.30 pagi pada Sabtu.

Hasil keputusan ujian saringan awal air kencing ketiga-tiga suspek didapati positif dadah jenis amphetamine, methamphetamine dan ketamin. Ujian pernafasan kandungan alkohol terhadap suspek pula adalah negatif.

Beliau berkata, suspek pertama merupakan pemandu kereta adalah seorang lelaki berusia 29 tahun yang mempunyai sebanyak 14 rekod jenayah dan dadah serta 16 kesalahan trafik.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

Suspek kedua merupakan seorang wanita berusia 24 tahun yang berada sama dalam kenderaan dan mempunyai tiga rekod lampau kes dadah.

Manakala suspek ketiga adalah pemilik kenderaan yang merupakan seorang lelaki berusia 29 tahun, bekerja sebagai juruteknik dan mempunyai empat rekod kes jenayah.

Anbalangan berkata, mangsa sedang menerima rawatan lanjut dan berada dalam keadaan stabil.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan Seksyen 26 Akta Polis serta Seksyen 44(1A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Inforoadblock

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply