ARKIB

KATEGORI

Tular

Angkara panik dan tertekan injak pemecut, wanita pandu Mazda2 langgar tiga buah kenderaan

Tular

Views

Gara-gara panik membuatkan seorang pemandu kereta jenis Mazda2 melanggar tiga buah kenderaan dalam kejadian di Jalan Padang di Klang semalam.

Kejadian kira-kira pukul 7.30 malam tersebut turut tular menerusi sebuah video berdurasi 19 saat di laman TikTok.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, hasil siasatan mendapati kejadian bermula apabila kereta dipandu seorang wanita berusia 28 tahun telah tertekan injak pemecut ketika keluar dari kotak parkir sebelum terlanggar kenderaan di hadapannya.

Wanita tersebut yang panik dan terkejut lalu menukar gear dengan mengundur laju kemudian melanggar dua buah kereta lain yang diletakkan bahagian belakang di tepi jalan tersebut.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dalam kejadian tersebut. Jelas beliau, kesemua pihak telah tampil membuat laporan polis pada hari yang sama.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan tersebut diminta tampil bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply