ARKIB

KATEGORI

Tular

Polis jejak penunggang motosikal punca Porsche Panamera terbabas sebelum terbakar

Tular

Views

Polis kini menjejak pemilik motosikal yang dipercayai menjadi punca sebuah Porsche Panamera terbabas sebelum kenderaan itu terbakar di Jalan Lingkaran Tengah 2, susur ke Greenwood, semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya mengesan video tular memaparkan kejadian kebakaran itu pada pukul 9 pagi.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Siasatan mendapati kejadian berlaku apabila kereta yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 42 tahun dalam perjalanan dari Bukit Idaman ke Wangsa Maju.

“Sampai di lokasi, sebuah motosikal dengan nombor pendaftaran tidak pasti telah keluar secara mengejut dari arah Lebuh Utama Sri Gombak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Jelasnya, pemandu kereta itu telah hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu terbakar. Pemandu Porsche Panamera tidak mengalami sebarang kecederaan dan usaha mengesan pemilik motosikal sedang dijalankan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Sarjan Mohd Azlan Shaifullah Mohd Azhar di talian 019-6748511. – UtusanTV

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply