ARKIB

KATEGORI

Info

Apa yang kami tahu mengenai Iriz dan Persona MC2 setakat ini?

Info

Views

Sedar tak sedar, dah banyak perkara yang kita tahu mengenai dua model kemaskini Proton, Iriz dan Persona MC2. Apa yang pasti, Proton telah melakukan perkara yang betul bagi memastikan Iriz dan Persona MC2 kekal relevan dengan situasi pasaran semasa.

Nak kata kami tahu segalanya mengenai kedua-dua model ini tidak juga, tetapi maklumat yang diperolehi memadai untuk memberi gambaran awal. Setakat ini, apa yang kami tahu Proton bukan sahaja membuat perubahan dari segi visual, namun penghalusan serta penambahbaikan juga dibuat bagi mengatasi masalah sebelum ini.

JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT

Dari segi visual beberapa perubahan telah dibuat, terutama sekali dari reka bentuk jeriji serta bampar depan dan juga belakang. Lampu depan jenis LED juga akan digunakan (mungkin bergantung pada varian) manakala untuk Persona, susun atur lampu belakang juga mengalami perubahan. Melengkapi penampilan luaran adalah penggunaan rim bersaiz 16-inci dengan rekaan serba baharu.

Di ruang kabin, rombakan semula telah dibuat pada reka bentuk papan pemuka walaupun masih mengekalkan sebahagian besar bentuk asalnya. Kami difahamkan Proton telah menambah baik papan pemuka pada model ini bagi melenyapkan ‘isu getaran’ yang sering menghantui pemiliknya.

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?

Bukan itu sahaja, Proton juga telah mereka bentuk semula tombol kawalan pendingin hawa dan meletakkan paparan jenis terapung seperti yang kita lihat pada model Saga. Yang lain kalau ada pun mungkin perubahan pada kemasan fabrik atau kulit sarung tempat duduk dan juga panel meternya.

Enjin dan juga transmisi CVT yang kurang digemari juga kekal dan sekali gus harapan untuk menyaksikan penukaran kepada 4-kelajuan automatik dari Hyundai PowerTech, lebur. Lagipun pada model semasa, Proton telah membuat penalaan semula pada transmisi tersebut dan setakat ini semakin kurang rungutan dari penggunanya.

Menurut maklumat terkini yang kami perolehi, kilang di Tanjung Malim kini telah memulakan pengeluaran model Iriz dan Persona MC2. Ini bermakna, kami menjangkakan latihan produk juga akan diadakan dalam masa terdekat dan selepas itu pelancarannya pula akan menyusul. Nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia
JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply