ARKIB

KATEGORI

Buletin

Apa yang membuatkan pengedar Proton berani melabur jutaan ringgit walaupun berdepan sentimen pasaran yang mencabar?

Views

Walaupun terpaksa menempuhi sentimen pasaran yang mencabar pada masa akan datang, pengedar-pengedar Proton sanggup mengeluarkan jutaan ringgit untuk jenama tersebut. Baru-baru ini beberapa pengedar terpilih telah dibawa ke China untuk melihat operasi bilik pameran Geely di sana dan ia telah mengubah perspektif mereka tentang masa depan Proton. Apa yang membuatkan mereka berana berbuat demikian?

Salah seorang daripada mereka, Datuk Shamshudin Nor, merupakan pemilik Kumpulan Syarikat Pantai Bharu yang juga merupakan pengedar bagi kereta-kereta Perodua, Kia dan Proton. Syarikatnya telah mula membina bangunan sendiri sebagai bilik pameran kereta dengan pelaburan sebanyak RM4 juta. Menurutnya lagi sebelum ini, syarikatnya belum menentukan jenama mana yang akan menggunakan kemudahan baharu tersebut.

Sepanjang pengalaman beliau selama 40 tahun di dalam bidang pengedaran kereta, tiada satu kereta pun yang menarik minatnya, selain kereta Jerman yang dimilikinya. Beliau bersama Proton sejak dahulu lagi bermula dengan EON dan selepas melalui pelbagai rintangan, beliau tidak pasti sejauh mana kami akan kekal berada di dalam pasaran. Apabila diberi peluang memandu uji kereta Geely Boyue di sana, beliau dapati kereta tersebut sangat baik dari segi kualiti pembinaan dan tahap keselesaannya dan percaya beliau Proton bakal kembali ke zaman kegemilangannya.

Menurut anak perempuan beliau yang menyelia operasi kumpulan syarikatnya, Rabita Datuk Shamshudin, Proton mempunyai kelebihan sendiri berbanding jenama lain. Para pelanggan sebenarnya lebih meminati kelebihan-kelebihan yang ditonjolkan model-model yang dijual, berbanding dari keburukan sesebuah jenama. Setiap kereta memiliki kelebihan-kelebihan unik yang tersendiri dan Proton mempunyai kelebihan yang mungkin tidak wujud pada jenama lain. Selepas lawatan tersebut syarikat telah memutuskan agar bilik pameran baharu bernilai RM4 juta tersebut bakal menjadi pusat pengedaran Proton yang baharu.

Susan Leong dari Hoi Keen Service turut berkongsi pandangannya mengenai Proton dan Geely, serta bersetuju dengan Datuk Shamshudin bahawa lawatan ke China itu telah menguatkan keyakinan beliau terhadap jenama tersebut. Hoi Keen bukanlah nama yang asing bagi orang Kuantan dan syarikatnya telah berkecimpung di dalam industri membaiki dan mengecat sejak bertahun lamanya.

Beliau melihat kereta EV Geely dan saya sangat kagum dengan teknologinya. Hakikat bahawa ia digunakan oleh syarikat perkhidmatan perkongsian kereta iaitu CaoCao, menunjukkan bagaimana EV Geely dan teknologinya boleh dipercayai. Kini, Hoi Keen mengendalikan pusat perkhidmatan Proton serta pusat membaiki dan mengecat tetapi telah diberi lesen untuk mengendalikan pusat 4S Proton sejak dua tahun lalu.

Hoi Keen kini sedang merancang sebuah pusat Proton 4S terbesar di Pahang yang bakal beroperasi di Indera Mahkota 3 dengan jumlah kos pelaburan (termasuk plot tanah) sebanyak RM16 juta. Pelaburan besar membuktikan keyakinan Hoi Keen terhadap jenama tempatan tersebut. Ketika berada di Shanghai dan melawat pusat pengedar 4S dari Geely, beliau dapat melihat apa yang boleh dilakukan untuk meningkatkan perkhidmatan pelanggan.

Ini adalah satu-satunya cara untuk terus maju, dengan memperluaskan perniagaan kepada sekurang-kurangnya sebuah pusat 3S atau 4S kerana perkhidmatan kepada pelanggan tidak harus berhenti hanya setakat jualan sahaja. Beliau faham mengapa pengurusan Proton mendesak pengedarnya untuk memperluaskan cawangan mereka ke 3S atau 4S. Pengalaman pemilikan yang cemerlang harus menjadi satu langkah yang positif untuk terus maju demi memulihkan jenama Proton.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply