ARKIB

KATEGORI

Buletin

Apabila Ford Bronco dikacuk dengan Land Rover Defender, maka jadilah Chery Jetour T-X Concept

Berita Tempatan

Views

Baru-baru ini, Jetour telah mempertontonkan sebuah model konsep SUV hibrid dikenali T-X Concept di Fuzhou, China.

Meskipun masih dalam bentuk konsep, ia memberi bayangan model produksi siri TX yang akan diperkenalkan pada masa akan datang.

Sekilas pandang, reka bentuk Jetour T-X Concept seakan kacukan dua model off-road popular, iaitu Ford Bronco (di bahagian depan) dan Land Rover Defender (profil badan, garis bumbung dan belakang).

JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

Ia didatangkan dengan beberapa unsur rekaan unik seperti tulisan Jetour bercahaya pada bahagian jeriji, lampu depan LED, fender berbentuk petak, tiang yang dihitamkan dan tayar A/T.

Selain itu, rel para bumbungnya diberikan kemasan warna kuning dengan LED bersepadu bagi mempertingkatkan lagi gaya kembaranya.

Jika diperhatikan pada tingkap hitamnya, jelas model ini hanyalah model tanah liat skala-penuh tanpa bahagian dalaman dan trenkuasa.

Difahamkan, model konsep ini dibina dari pelantar “Kunlun” terbaharu yang dibangunkan oleh Chery menggunakan trenkuasa hibrid palam-masuk “Kunpeng”.

Ini membolehkannya bergerak sejauh 1,000 km dengan penggunaan bahan bakar hanya 1 liter per 100km. Model konsep ini jga menampilkan sistem suspensi adaptif dan sistem pacuan semua-roda dengan kunci pembezaan.

Jika model konsep ini masuk ke fasa produksi pada 2023, anggaran julat harganya adalah di antara ¥150,000¥300,000 (RM98,826RM197,653).

Jetour adalah sub-jenama dari kumpulan Chery Holding yang telah ditubuhkan pada 2018 dan kini telah berjaya menjual lebih daripada 150,000 unit kenderaan setahun.

Syarikat itu yang turut mengeksport kenderaan mereka akan melancarkan satu atau dua model baharu setiap tahun dari segmen SUV, pikap dan MPV.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit farsicar.com

JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply