ARKIB

KATEGORI

Buletin

Orang ramai tak puas hati, ‘RFID jadi punca’ trafik sesak teruk

Tular

Views

Trafik di Tol Bandar Seri Putra, Bangi dilaporkan sesak teruk didakwa berpunca daripada penggunaan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di tol berkenaan.

K! ONLINE melaporkan, keadaan sesak itu dilaporkan berlaku seawal pukul 7 pagi ketika orang ramai sibuk hendak ke tempat kerja. Difahamkan, keadaan sesak itu juga menyebabkan pengguna jalan raya mengambil masa kira-kira 30 minit untuk melepasi tol berkenaan.

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?

Sementara itu, keadaan sama juga turut dilaporkan berlaku di Tol Sungai Besi apabila keadaan trafik sesak kira-kira 10 kilometer menghala ke Kuala Lumpur.

Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati orang ramai meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan pembukaan lorong-lorong RFID yang didakwa menyebabkan kesesakan teruk pada pagi ini.

JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’

Pengguna juga mendakwa, terdapat beberapa kenderaan terpaksa mengundurkan kereta kerana sistem RFID gagal mengesan pelekat yang ditampal pada kenderaan mereka.

Terdahulu, Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) mengumumkan akan beralih kepada sistem pembayaran transaksi tol RFID secara berperingkat bermula 15 Januari.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply