ARKIB

KATEGORI

Buletin

Aplikasi mudah alih Bantuan Jalanan 24Seven Toyota kini dihubungkan dengan VTS

Berita Tempatan

Views

Keterhubungan mobiliti adalah cara baharu untuk industri automotif dan dengan adanya internet, perisian dalaman serta sistem kedudukan global yang canggih boleh dicapai dengan hanya menerusi telefon pintar.

Bagi pemilik kenderaan Toyota, aplikasi mudah alih Bantuan Jalanan 24Seven Toyota telah diperkenalkan. Buat pertama kalinya dalam industri, anda hanya perlu meleretkan skrin telefon anda untuk meminta bantuan segera, meskipun dalam perkara yang kecil seperti kehabisan minyak atau kebocoran tayar.

Jika anda lebih gemar untuk bercakap dengan seseorang, talian bebas tol Toyota 1-800-888-247 masih boleh dihubungi. Antara ciri utama aplikasi mudah alih ini termasuklah butang SOS dengan ciri pengesanan jejak masa nyata. Pengguna boleh menjejak laluan perjalanan dan masa bantuan akan tiba kepada mereka.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Mereka mempunyai pilihan untuk mendapatkan bantuan dari cawangan Toyota kegemaran mereka yang ditawarkan 24 jam sehari, 7 hari seminggu, sepanjang tahun di seluruh negara.

Presiden UMW Toyota, Ravindran K berkata, sejak 20 tahun lalu pihaknya telah menyediakan Bantuan Jalanan 24Seven Toyota. Dengan perkembangan teknologi mudah alih, langkah seterusnya adalah untuk memperkenalkan aplikasi mudah alih yang membawa servis ini ke tahap lebih tinggi.

Bantuan Jalanan 24Seven Toyota menawarkan baik pulih minor di lokasi serta khidmat tundaan (hingga 50 km) kepada pemilik kenderaan Toyota (tertakluk kepada terma dan syarat).

Manfaat utama Bantuan Jalanan 24Seven Toyota:

  • Tersedia 24 jam sehari, 7 hari seminggu di seluruh negara.
  • Boleh diakses melalui aplikasi mudah alih, tablet atau nombor talian bebas tol.
  • Baik pulih minor di lokasi percuma.
  • Tundaan percuma dalam negeri (tertakluk terma dan syarat).
  • Boleh muat turun percuma aplikasi di Googe Play Store atau Apple App Store

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Tambah beliau, aplikasi mudah alih ini turut dihubungkan dengan Sistem Telematik Kenderaan Toyota (VTS) yang dibina di dalam model kenderaan generasi terbaru keluarannya.

Manfaat utama Sistem Telematik Kenderaan Toyota (VTS):

  • Pemantauan kenderaan melalui GPS.
  • Respon kecemasan sekiranya ada impak dikesan.
  • Koordinasi dengan pihak berkuasa berkaitan oleh Pusat Kawalan 24/7.
  • Menjejak beberapa kenderaan dalam satu aplikasi.
  • Melihat dan merakam maklumat operasi kenderaan.
  • Makluman dan notifikasi untuk keadaan spesifik.
  • Pemantauan skor pemandu untuk tabiat memandu yang lebih selamat.
  • Jaminan 5-tahun.

Menurut Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama, pengangkutan dan komunikasi bakal saling terhubung untuk memberikan manfaat di masa depan, dalam era keterhubungan mobiliti.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply