ARKIB

KATEGORI

Buletin

Audi A7 rempuh lori ayam – Pelajar IPTS maut

Berita Tempatan

Views

Seorang pelajar institut pengajian tinggi swasta (IPTS) maut selepas kenderaan mewah yang dipandunya dipercayai hilang kawalan hingga melanggar lori muatan ayam di KM 179 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di Parit Buntar, siang tadi.

Sinar Harian melaporkan, dalam kejadian kira-kira jam 4.05 petang, mangsa, Muhammad Aiman Mazman, 26, yang memandu kereta jenis Audi A7 disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Iriz Active bocor!

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, seorang lelaki berusia 23 tahun yang merupakan penumpang hadapan kenderaan terbabit turut mengalami kecederaan parah di kepala. Menurutnya, siasatan lanjut mendapati kedua-dua mereka dalam perjalanan dari Sungai Petani, Kedah menuju ke Kuala Lumpur.

Jelas beliau, apabila sampai di tempat kejadian, kenderaan mangsa dipercayai telah hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya di sebelah kanan sebelum berpusing. Keadaan itu menyebabkan kereta berkenaan terbabas ke lorong kiri dan melanggar bahagian belakang lori yang dipandu lelaki berusia 55 tahun.

JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?

Mazuki berkata, impak kemalangan itu menyebabkan bumbung kereta terbabit tercabut dengan kesan remuk pada keseluruhan bahagian. Kedua-dua mangsa yang terselamat dihantar ke Hospital Parit Buntar bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik hospital sama untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian. Katanya, siasatan masih diteruskan dengan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply