ARKIB

KATEGORI

Buletin

Auto Bavaria Ara Damansara jadi lokasi pertama pemasangan DC Fast Charger bagi kegunaan awam

Berita Tempatan

Views

BMW Group Malaysia hari ini telah memperkenalkan DC Fast Charger baharu yang telah dipasang di Auto Bavaria Ara Damansara bagi kegunaan awam. Ini kemudiannya bakal disusuli dengan pemasangan di pusat-pusat pengedaran BMW i yang lain di seluruh negara.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Menjelang ketibaan barisan kenderaan BMW i generasi terbaharu, pengeluar kenderaan premium ini sedang giat menyediakan infrastruktur pengecasan di Malaysia, berserta dengan Rapid-Charging DC Charger untuk pengecasan segera di pusat pengedaran yang terpilih di seluruh negara.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser, bekata, pihaknya telah menjalinkan kerjasama dengan GreenTech Malaysia untuk melahirkan sebuah ekosistem yang mampu menjulang mobiliti elektro, bukan sahaja untuk pemilik BMW dan MINI, malah pemilik kenderaan elektrik di Malaysia.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Pengarah Urusan Auto Bavaria, Vi Thim Juan pula berkata, menyatakan, pihaknya amat berbesar hati untuk menyertai kumpulan pengedar yang pertama untuk merealisasikan visi ini dengan memasang DC Fast Charger di premisnya bagi kegunaan awam.

BMW Group Malaysia menerajui mobiliti elektrik di Malaysia sejak 2015, yang telah menyaksikan pengenalan BMW i yang pertama di Malaysia dan sejak itu, lebih daripada 21,000 buah kenderaan BMW dan MINI elektrik telah berjaya diserahkan kepada para pemiliknya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply