ARKIB

KATEGORI

Info

RISIK: Pelancaran model pengganti Alza, D27A mungkin sedikit lewat

Berita Tempatan

Views

Kami tahu ramai yang teruja setelah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad mengesahkan yang model pengganti Alza, (D27A) bakal tiba tahun depan semasa sesi pandu media Myvi facelift di Johor Bahru, bulan lalu.

Perodua juga menerusi satu nota yang diedarkan kepada pengedar-pengedarnya bulan lalu mengesahkan Alza akan ditamatkan pengeluarannya pada penghujung Januari 2022, setelah 12 tahun berada dipasaran.

Jelas Perodua dalam notis berkenaan, pengeluaran Alza terpaksa ditamatkan pada Februari ini kerajaan akan beralih dari peraturan emisi Euro 2 kepada Euro 4 menjelang 1 Januari 2022 (sepatutnya pada 1 Oktober 2021).

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Namun ada perkhabaran terbaharu yang mungkin merencatkan sedikit keterujaan mereka yang menanti model generasi baharu Alza (D27A) itu nanti.

Menurut ejen perisik Mat Bond, besar kemungkinan model itu akan tiba lebih lewat daripada jangkaan asal, iaitu suku pertama (Q1) 2022.

Kata Mat Bond, Perodua kini dalam proses menstabilkan kembali pengeluaran model-model semasa yang ditempah oleh pelanggan dan dalam masa yang sama cuba sedaya upaya untuk mengurangkan tempoh menunggu.

Tambahnya, model MPV tujuh-tempat duduk itu mungkin akan tiba pada pertengahan tahun 2022 dan mengikut perancangan, hanya satu model iaitu generasi baharu Alza (D27A) yang akan dikeluarkan pada tahun 2022.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Ini bermakna, model yang bakal menjadi kereta Perodua pertama yang dilengkapi sistem ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto hanya akan tiba seawal Jun 2022, namun bergantung juga pada situasi pandemik semasa.

Model-model lain hanya akan menyusul pada tahun berikutnya (2023). Mat Bond pada masa yang sama turut memberi ‘petunjuk awal’ mengenai model-model baharu Perodua selepas D27A.

Katanya ada ura-ura mengatakan sebuah model hatchback kompak (kemungkinan besar Axia generasi kedua) dan sebuah model hibrid akan dilancarkan dalam tahun tersebut.

Selain dua model itu, dijangka model facelift Aruz akan turut diperkenalkan pada 2023. Nantikan info selanjutnya dari semasa ke semasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Theophilus Chin

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply