ARKIB

KATEGORI

Buletin

Auto Bavaria rangkul Anugerah Kelab Kecemerlangan BMW untuk tahun ke-14 berturut-turut!

Berita Tempatan

Views

Auto Bavaria sekali lagi membuktikan dominasinya dalam dunia automotif premium Malaysia apabila dinobatkan sebagai Juara Anugerah Kelab Kecemerlangan BMW 2025 untuk tahun ke-14 berturut-turut.

Pengiktirafan ini mengekalkan kedudukan Auto Bavaria sebagai satu-satunya pengedar BMW yang berjaya mengekalkan kecemerlangan konsisten sejak anugerah berprestij ini diperkenalkan.

Pada Malam Anugerah Pengedar BMW 2025 baru-baru ini, Auto Bavaria bukan sahaja mempertahankan gelaran, malah muncul sebagai pemenang terbesar dengan merangkul 48 anugerah merangkumi 12 kategori utama untuk operasi BMW, MINI dan BMW Motorrad.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron

Antara aspek yang menyerlah termasuklah prestasi jualan, servis selepas jualan, inovasi pengalaman pelanggan, kepakaran produk, serta kepimpinan dalam Perkhidmatan Kewangan BMW Group.

Pengarah Urusan Auto Bavaria, Vi Thim Juan berkata, pihaknya amat berbangga menerima Anugerah Kelab Kecemerlangan BMW buat tahun ke-14 berturut-turut. Ia mencerminkan kegigihan dan dedikasi seluruh pasukan.

Pihaknya turut berterima kasih kepada pelanggan setia yang terus mempercayai mereka, menjadi pendorong untuk terus mengangkat standard perkhidmatan ke tahap lebih tinggi.

JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!

Tambah beliau lagi, Auto Bavaria kini dalam fasa pertumbuhan strategik, termasuk memperluaskan rangkaian bilik pameran dengan konsep Retail.NEXT yang menggabungkan rekaan moden bersama pengalaman digital tersuai.

Selain itu, Auto Bavaria juga mempergiatkan transformasi digital dalam operasinya, dan berusaha memperkenalkan lebih banyak acara eksklusif seperti pratonton model baharu dan program pemanduan berinspirasikan sukan permotoran.

Dengan misi menjadikan pemilikan kenderaan premium lebih mudah, menyeronokkan dan penuh ganjaran, Auto Bavaria terus menetapkan piawaian emas sebagai pengedar BMW pilihan di Malaysia.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply