GAC Motor dan AION semakin kukuh di Malaysia Selatan dengan pembukaan rasmi Pusat 3S GAC Motor & AION Johor Jaya pada 25 April lalu.
Pembukaan ini merupakan langkah penting dalam memastikan pelanggan di kawasan Johor Bahru dan sekitarnya mendapat akses yang lebih mudah, perkhidmatan lebih cekap, serta pengalaman automotif bertaraf premium.
Majlis perasmian turut dihadiri oleh wakil utama dari WTC Automotif (M) Sdn Bhd (WTCA), WariTan Automobile Sdn Bhd dan eGarage Auto Services Sdn Bhd.
Terletak strategik di kawasan utama Plentong, Johor, pusat 3S ini merangkumi:
- Keluasan: 19,248 kaki persegi
- Servis: 4 hoist dan 6 ruang kerja, dengan ruang tambahan untuk pengembangan masa depan
- Kakitangan: 7 juruteknik dan penasihat servis bertauliah
- Ruang pameran dan lounge: 6,590 kaki persegi dengan tujuh (7) perunding jualan profesional
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron
Antara kemudahan lain yang tersedia termasuk WiFi percuma, ruang permainan kanak-kanak, serta kemudahan pengecasan EV, seiring dengan permintaan mobiliti elektrik yang semakin meningkat.
Dengan pembukaan Johor Jaya 3S Center ini, GAC Motor dan AION kini mempunyai 20 bilik pameran di seluruh Malaysia, termasuk di Kuching dan Kota Kinabalu.
Mereka juga mengukuhkan sokongan selepas jualan melalui tiga hab alat ganti strategik di Utara, Tengah, dan Selatan Semenanjung.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Warisan TC Holdings Berhad, Tan Keng Meng, pembukaan GAC Motor & AION Johor Jaya ini membuktikan komitmen mereka untuk memperluaskan pengalaman automotif premium ke seluruh Malaysia.
Dengan permintaan kenderaan inovatif dan lestari yang kian meningkat, pihaknya akan terus menyediakan teknologi terkini, servis terbaik, dan pengalaman pelanggan yang dipertingkatkan.
Sebagai sebahagian daripada sambutan pembukaan, acara GAC Motor Showroom Weekender berlangsung pada 26 hingga 27 April 2025 dengan aktiviti uji pandu, pra-tonton eksklusif SUV elektrik AION Hyptec HT, serta pelbagai promosi menarik, antaranya:
JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
- GAC GS3 EMZOOM: Sehingga 9 bulan ansuran percuma
- AION Y Plus: Sehingga 15 bulan ansuran percuma + pengecas mudah alih percuma
- EMZOOM Premium-R: Percuma jam pintar GAC untuk pembelian semasa acara
Buat masa ini, pelanggan boleh mendapatkan GAC GS3 EMZOOM (harga RM103,800 hingga RM126,800) dengan waranti 5 tahun/150,000km dan tambahan 7 tahun/180,000km untuk enjin dan transmisi.
AION Y Plus pula ditawarkan dari RM119,800 hingga RM135,800, lengkap dengan waranti 8 tahun/160,000km untuk kenderaan dan 8 tahun/200,000km untuk bateri dan motor elektrik.
GAC Motor & AION juga merancang untuk memperkenalkan beberapa model baharu dalam separuh kedua tahun ini, termasuk MPV mewah GAC M8 Premium, SUV elektrik Hyptec HT, dan SUV sporty GAC EMKOO.
Lokasi dan waktu operasi GAC Motor & AION Johor Jaya:
- Alamat: No 2, Jalan Johor Jaya, Taman Johor Jaya, 81100 Johor Bahru
- Bilik Pameran: Isnin hingga Sabtu (9:00 pagi hingga 7:00 malam), Ahad dan cuti umum (10:00 pagi hingga 5:00 petang)
- Pusat Servis: Isnin hingga Sabtu (8:30 pagi hingga 5:00 petang), ditutup pada Ahad dan cuti umum.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
KOMEN TERKINI