ARKIB

KATEGORI

Buletin

Awek buat aksi ‘wheelie’ kena tahan, motosikal disita

Tular

Views

Tindakan seorang wanita menunjukkan aksi ‘wheelie’ sebuah motosikal dengan dibonceng seorang lelaki hingga menjadi tular dalam media sosial membawa padah apabila ditahan polis semalam.

Menurut Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, wanita berusia 21 tahun tersebut dan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditahan di rumah masing-masing di Jalan Pantai di Batu Pahat.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Iriz Active bocor!

Jelasnya, sebuah motosikal juga disita dan tangkapan telah dibuat selepas Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat mengesan satu video memaparkan aksi itu dalam laman sosial pada jam 2.30 petang semalam.

Siasatan mendapati aksi ‘wheelie’ yang berdurasi selama 31 saat berlaku pada 4.45 petang, 10 Mei lalu di Jalan Dato’ Syed Esa. Kata beliau, kedua-dua tangkapan tersebut kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin.

JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?

Tambah beliau, siasatan lanjut dilakukan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 (Pindaan 2020). Beliau berkata, jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih lima tahun dan denda RM5,000 hingga RM15,000 serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu selama lima tahun.

Pihak polis katanya, menasihatkan pengguna jalan raya supaya tidak melakukan aksi-aksi yang boleh membahayakan nyawa sendiri atau orang lain, manakala ibu bapa juga perlu memantau anak-anak mereka.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply