ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bawa mercun bola mungkin punca kereta meletup

Berita Tempatan

Views

Lelaki hancur anggota badan selepas kereta dipandunya meletup dipercayai dipanah petir dalam kejadian di Jalan Pintu Geng, Kampung Sireh di Kota Bharu, petang tadi. Harian Metro melaporkan, kejadian pada 5.38 petang itu menyebabkan kereta Proton Iswara dipandu mangsa rentung dan terputus dua.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Iriz Active bocor!

Lima kenderaan lain yang berada berhampiran di lokasi kejadian turut terbakar susulan letupan berkenaan. Difahamkan, sepasukan anggota bomba dan penyelamat yang berada di lokasi kejadian turut menemui serpihan mercun di lokasi berkenaan.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu ketika dihubungi berkata, seorang mangsa meninggal dunia dalam kejadian berkenaan. Katanya, ketika kejadian terdapat lima kenderaan di lokasi berhampiran yang turut terbakar. Cermin masjid berdekatan juga pecah akibat letupan kenderaan itu.

JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?

Dalam perkembangan berasingan, pihak polis tidak menolak kemungkinan kereta yang meletup menyebabkan seorang lelaki maut, akibat membawa mercun bola. Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata, letupan itu menyebabkan mangsa yang maut tercampak sejauh 20 meter dari lokasi kejadian.

Bagaimanapun, katanya, identiti mangsa masih belum dapat dikenal pasti dan siasatan lanjut masih dijalankan. Difahamkan, empat lagi mangsa yang berada dalam kenderaan berlainan kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk rawatan lanjut. Kejadian itu turut menyebabkan enam kenderaan terbakar termasuk kenderaan dipandu mangsa.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply