ARKIB

KATEGORI

Buletin

Suami hadiahkan isteri Mazda CX-5 kerana lahirkan anak

Tular

Views

Tular di media sosial sejak semalam satu hantaran yang memaparkan seorang suami menghadiahkan isterinya sebuah kereta jenis Mazda CX-5 kerana telah melahirkan anak pada 15 Mac lalu. Ia telah dimuatnaik oleh pemilik akaun Facebook bernama Mohd Yazid Ismail dan hantaran tersebut setakat ini telah dikongsi lebih 1,300 warganet.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Iriz Active bocor!

Menurutnya, dia menghadiahkan kereta ni sebagai tanda penghargaan di atas pengorbanan dan ketabahan isterinya mengharungi segala kesusahan mengandung dan proses kelahiran bayi perempuannya yang diberi nama Noura. Kereta baharu ini juga adalah bagi menggantikan Perodua Axia yang telah digunakan oleh isterinya.

JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?

Kata Mohd Yazid, hadiah kereta ini memang tidak dapat untuk membalas nilai pengorbanan isterinya, namun setidak-tidaknya boleh membuatkan si isteri rasa dihargai. Dalam masa yang sama dia turut berpesan kepada para suami supaya menghargai pengorbanan isteri dan katanya ada hadis yang menceritakan tentang ‘pahala belanja isteri dan keluarga‘ adalah ganjaran yang paling tinggi.

KLIK UNTUK BESARKAN

Fto kredit Mohd Yazid Ismail

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply