ARKIB

KATEGORI

Buletin

Azizulhasni tayang basikal WX-R Vorteq untuk Olimpik Tokyo 2020 – Harga RM300K seunit!

Berita Tempatan

Views

Jaguh basikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, hari ini mendedahkan basikal versi akhir model WX-R Vorteq yang akan menjadi ‘senjata’ utamanya pada saingan Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, basikal yang dihasilkan menerusi projek penyelidikan dan pembangunan (R&D) berjumlah RM13 juta itu dilihat berwarna hitam dan perak berbanding versi sebelum ini yang berwarna hitam rata.

Menurut Berita Harian, Selain Azizulhasni, basikal itu turut akan digunakan seorang lagi pelumba negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom di Tokyo nanti dengan mereka akan dibekalkan tiga buah basikal setiap seorang.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Dalam sidang media sebelum ini, Azizulhasni yang menjadi sandaran utama kontinjen Malaysia bagi meraih pingat emas di Tokyo nanti berkata, dia sudah pun menggunakan basikal berkenaan ketika sesi latihan.

Dia yang memenangi pingat gangsa acara keirin pada Olimpik Rio 2016 menjelaskan tidak banyak perbezaan antara versi akhir dengan yang lama sebelum ini.

Kata Azizulhasni, sebenarnya dari segi rangka yang digunakan dalam latihan (versi lama) dan yang akan dibawa ke Olimpik adalah sama. Cuma versi terakhir mungkin beza dari segi warna dan kualiti lebih mantap.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Tambahnya, ia tidak lagi akan dilengkapi dengan power meter kerana dalam perlumbaan sebenar mereka tidak perlu mengukur kelajuan dan memperoleh data seperti latihan, hanya tumpu kepada tujuan untuk memenangi perlumbaan.

Kata Azizulhasni lagi, walaupun kelancarannya hanya sedikit berbanding versi lama tapi memberi impak besar dalam perlumbaan sebenar.

Pelaburan besar dilakukan Institut Sukan Negara (ISN) dengan kerjasama syarikat dari United Kingdom, TOTALSIM Ltd. sejak empat tahun lalu itu menekankan teknologi aerodinamik dan berat fizikal basikal bagi menyesuaikan dengan karakter pelumba.

Kos sebuah basikal itu dianggarkan bernilai RM300,000 termasuk kos R&D. Saingan bagi basikal trek akan bermula 2 hingga 8 Ogos ini di Veledrom Izu, Tokyo. Azizulhasni dan Shah Firdaus akan beraksi dalam acara keirin dan pecut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply