ARKIB

KATEGORI

BuletinInfo

Bacalah buku manual kenderaan anda

Views

Artikel ini ditulis oleh saudara Azad Jasmi yang merupakan Ketua Pengajar di TIC (TAJ International College) Advanced & Performance Driving Academy. Beliau juga tidak asing dalam arena sukan permotoran tempatan dan pernah berkhidmat dengan beberapa pengeluar automotif termasuk Proton.

Bacalah buku manual kenderaan anda

Tujuan Manual kenderaan anda berikan kepada pemilik ialah untuk memberitahu pelbagai maklumat berkaitan dengan kenderaan anda. Memiliki kenderaan bukan sekadar tahu memandu, mengisi tangki minyak dan membasuh kenderaan sahaja. Pemilikan kenderaan merupakan satu pelaburan dan dengan wang yang anda gunakan untuk membeli kenderaan itu, elok lah anda ambil tahu serba sedikit hal ehwal kenderaan anda.

Pelbagai informasi diberikan didalam buku manual atau “Owner’s Manual” dan walaupun ada dikalangan kita sudah memandu kenderaan berpuluh tahun tetapi maklumat terkini kenderaan mungkin berbeza dengan pengalaman kita sebelum ini. Dengan evolusi teknologi yang semakin canggih dan terkini, terdapat pelbagai fungsi fungsi baru serta pengunaan alat alat keselamatan yang mungkin anda tidak tahu cara penggunaannya.

proton-savvy-owners-manual-handbook

Saya menulis artikel ini kerana saya alami sendiri satu situasi dimana seorang pemilik kenderaan yang memberitahu saya yang beliau tidak tahu dimana letakkan alat pembuka tayar kenderaan beliau. Ada situasi lain apabila seorang pemilik tidak tahu maksud “Check Engine” dan selama hampir setahun beliau membuka “bonnet” dan bila beliau tengok keadaan enjin yang bersih, beliau terus berjalan dan setiap kali naik “Check Engine” beliau akan membuka “bonnet” dan pergi basuh.

Isu ini jika kita dengar akan berunsur seperti satu cerita seloroh tapi itulah hakikatnya. Jika saya tanya, berapa ramaikah yang pernah membaca “Owner’s Manual” dari muka surat pertama sehingga akhir? Mungkin dari 10 orang, akan ada hanya 1-2 orang sahaja yang benar benar membacanya. Pelbagai langkah keselamatan dan juga cara untuk anda menyelenggara peralatan dan aksesori serta juga terdapat intipati penting didalam “Owner’s Manual” kenderaan anda. Jika anda belum lagi membaca, eloklah anda mula membaca.

Sekian dan selamat memandu. “Safety First, Last & Always”

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply