ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bakal pengganti Perodua Alza (D27A) akan dilancarkan hujung tahun ini?

Info

Views

Ini perkembangan terbaharu yang diperolehi dari rakan media di Paultan.org mengenai bakal model pengganti Perodua Alza (namakod D27A). Menurut mereka, salah satu daripada vendor syarikat tersebut iaitu Sapura Industrial Berhad (SIB), telah memaklumkan pihak mereka kini sedang membangunkan bahagian untuk model tersebut.

Menerusi laporan tahunan 2021 syarikat itu berkata, mereka kini dalam fasa pembangunan beberapa bahagian untuk model gantian Alza (D27A) yang dijangka akan dilancarkan penghujung 2021. Selain itu, mereka juga diminta untuk membekalkan Case Differential Assembly oleh Akashi Kikai Industri Malaysia, vendor Tier-1 bagi model transmisi Perodua, yang diramal untuk pengeluaran massa pada Disember 2021.

Ini sekaligus mengesahkan kewujudan model pengganti Alza, namun ia hanyalah jangka waktu yang ditetapkan ke atas vendor-vendor Perodua untuk membekalkan komponen dan turut bergantung kepada situasi semasa COVID-19.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Iriz Active bocor!

Dalam artikel terdahulu, portal permotoran berbahasa Jepun, BestCarWeb.jp baru-baru ini mendedahkan rakan teknikal PeroduaDaihatsu kini sedang rancak membangunkan sebuah MPV tujuh tempat-duduk hibrid baharu yang dijangka bakal diperkenalkan pada bulan Oktober 2021.

Ada sumber lain mengatakan, model tersebut adalah pengganti kepada Toyota Sienta yang bakal dipasang oleh Daihatsu secara kontrak, sama seperti Toyota Raize/Daihatsu Rocky. Tidak dapat dipastikan sama ada, model yang sedang dipersiapkan itu ada kaitan dengan model MPV tujuh tempat-duduk yang dibangunkan khusus rantau Asia Tenggara, khususnya Indonesia dan Malaysia.

Pada awal Disember tahun lalu, kami pernah menyiarkan foto intip kelibat model ujian olok-olok LMPV dari Toyota-Daihatsu yang akan diperkenalkan di Indonesia pada tahun ini. Model tersebut juga diwar-warkan sebagai bakal menjadi Alza generasi baharu.

JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?

LMPV ini merupakan versi pengeluaran dari model konsep Daihatsu HY Fun Concept yang telah dipertontonkan semasa Pameran Kenderaan Antarabangsa GAIKINDO pada tahun 2019. Ada yang mengatakan model ini bukanlah pengganti kepada Toyota Avanza atau Daihatsu Xenia di Indonesia kerana ia merupakan produk baharu sepenuhnya yang bakal bersaing dengan Mitsubishi Xpander.

Model ini akan dibangunkan dari pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA) yang juga menjadi asas kepada model SUV kompak Perodua Ativa (D55L). Sebelum ini ejen perisik kami Mat Bond pernah berkata,  pembangunan model telah bermula sejak Mei tahun lalu.

Kami menjangkakan D27A akan tiba sekitar suku pertama tahun 2022. Apa pun, nantikan perkembangan selanjutnya mengenai model ini dari semasa ke semasa. Tunggu!

KLIK UNTUK BESARKAN

Gambaran Alza (D27A) versi Theophilus Chin

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply