ARKIB

KATEGORI

Tular

Baki eWallet tak cukup punca lorong RFID sesak pada waktu puncak – PLUS

Tular

Views

Insiden kesesakan di dua lorong sistem Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di Plaza Tol Jalan Duta (arah Kuala Lumpur) yang tular di media sosial kelmarin, berpunca daripada pengguna tidak mempunyai baki eWallet mencukupi pada waktu puncak.

Astro AWANI melaporkan, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam kenyataan malam tadi, berkata rumusan itu diperoleh selepas pihaknya menjalankan siasatan sebaik menyedari penularan gambar terbabit.

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

Hasil siasatan mendapati bahawa kesesakan tersebut berpunca daripada beberapa pelanggan yang menggunakan lorong RFID tidak mempunyai baki yang cukup dan pada masa yang sama telah menambah nilai eWallet mereka secara dalam talian di lorong tol antara jam 8 pagi hingga 8.59 pagi iaitu waktu puncak.

PLUS memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi dan mengambil langkah segera membantu pelanggan yang menghadapi masalah agar tidak menghalang laluan kenderaan lain.

JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?

Orang ramai juga digesa agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) semasa berinteraksi dengan kakitangan PLUS bagi menjaga keselamatan dan kesihatan semua.

Katanya lagi, untuk pengalaman perjalanan yang lebih lancar, pengguna diingatkan supaya sentiasa menyemak baki eWallet dan Kad Touch ‘n Go untuk transaksi sama ada menggunakan RFID, Kad Touch n’ Go atau SmartTAG bagi kemudahan serta keselesaan perjalanan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply