ARKIB

KATEGORI

Buletin

Banjir: Balai polis bergerak dihantar ke PPS mudahkan mangsa buat laporan

Berita Tempatan

Views

Mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) tidak perlu ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan berhubung kes kehilangan barang dan harta benda mereka, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Menurut Berita Harian, ini kerana katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sendiri yang akan pergi ke PPS untuk mendapatkan perincian berhubung keadaan itu daripada mangsa.

Beliau berkata, seluruh balai polis bergerak di kawasan terjejas sudah digerakkan ke lokasi penempatan itu bagi membantu mangsa banjir membuat laporan polis secara manual.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada PDRM kerana memudahkan urusan mangsa banjir. Tambah beliau, mangsa banjir yang masih ditempatkan di PPS di seluruh negara tidak perlu khuatir untuk membuat laporan polis berkenaan kes kehilangan barang dan harta benda mereka.

Ujarnya lagi, pihak polis akan cuba sedaya upaya memudahkan urusan mangsa banjir di waktu sukar ini. Polis dan masyarakat, berpisah tiada! Hamzah berkata demikian menerusi satu hantaran di laman Facebook, malam tadi.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Hamzah Zainudin

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply