ARKIB

KATEGORI

Buletin

‘Superman’ kena tahan dan direman 4 hari

Berita Tempatan

Views

Tindakan seorang lelaki menunggang motosikal dengan aksi “Superman” mengundang padah apabila gelagatnya dirakam pengguna lebuh raya sebelum rakaman itu sampai kepada polis.

Astro AWANI melaporkan, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, video berdurasi 41 saat itu diterima polis pada jam 1.50 tengah hari, Jumaat lalu.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Ekoran itu sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar melakukan siasatan dan mendapati perbuatan itu dilakukan di Kilometer 46 Lebuhraya Utara Selatan (arah Selatan).

Dengan kerjasama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak, lelaki berusia 19 tahun berjaya ditahan jam 6 petang pada hari sama. Lelaki itu kemudiannya dibawa ke IPD Kota Setar untuk tindakan lanjut.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Ahmad Shukri berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih lima tahun dan denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM15,000.

Tambah beliau, hasil ujian saringan awal air kencing terhadapnya mendapati dia bebas dari pengaruh dadah. Penunggang motosikal itu direman empat hari bermula semalam sehingga 28 Disember ini untuk membantu siasatan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen KEDAH

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply