ARKIB

KATEGORI

Buletin

Banjir: Mangsa boleh ganti LKM, lesen memandu rosak secara percuma

Berita Tempatan

Views

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diarahkan memberi kelonggaran kepada semua mangsa banjir untuk menggantikan dokumen yang rosak akibat bencana alam tersebut.

K! ONLINE melaporkan, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong memaklumkan bahawa, agensi itu akan menggantikan secara percuma segala dokumen berkenaan bagi meringankan beban mangsa.

Kata beliau, ini meliputi lesen memandu, lesen kenderaan motor atau pun biasa disebut sebagai cukai jalan dan geran sijil pemilikan kenderaan sementara.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Terdahulu beliau menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan Pengangkutan dan Logistik Antarabangsa Kuala Lumpur 2021 yang julung kali diadakan dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Menjelaskan lanjut, beliau meminta mangsa terbabit tampil membuat laporan kes kehilangan atau kerosakan dokumen terbabit di mana-mana balai polis yang berhampiran terlebih dahulu.

Bagaimanapun, mereka tidak perlu tergesa-gesa hadir ke pejabat cawangan JPJ dan beliau mengarahkan agensi itu memberikan tempoh sewajarnya supaya tidak berlaku kesesakan teruk.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Langkah itu untuk membolehkan mangsa banjir dapat menumpukan usaha kepada kerja-kerja pembersihan kediaman masing-masing yang lebih utama selepas mengharungi situasi sukar.

Beliau meminta pihak JPJ supaya ada tempoh masa yang cukup, malah boleh letak unit bergerak di kawasan terjejas banjir bagi memudahkan urusan tanpa perlu pergi ke cawangan.

Mengulas mengenai isu kerugian pemilik kenderaan yang tidak dilindungi oleh agensi insurans, Ka Siong berkata, perkara tersebut boleh dibincangkan menerusi sesi libat urus pelbagai pihak.

Bagaimanapun, ia bukan pula di bawah bidang kuasa kementeriannya, namun beliau berharap pihak insurans wajar memberikan pertimbangan atau tawaran tertentu bagi membantu mangsa.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Friends Of JPJ

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply