ARKIB

KATEGORI

Buletin

Banjir: Program ‘Toyota Flood Assist’ tawar diskaun 25 peratus buat pemilik yang terkesan

Berita Tempatan

Views

Berikutan bencana banjir yang sedang melanda negara ketika ini, UMW Toyota Motor menawarkan Program khas ‘Toyota Flood Assist‘ buat para pemilik yang terjejas.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Menerusi program ini, para pemilik Toyota yang terkesan ditawarkan diskaun 25 peratus untuk jumlah keseluruhan bil termasuklah alat ganti dan upah, khidmat tunda percuma, penilaian dan sebut harga ke atas jangkaan kos pembaikan yang merangkumi penukaran alat ganti.

Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran. K berkata, pihaknya berharap program ini memberikan sedikit kelegaan buat rakyat Malaysia. Tambahnya, meskipun nampak kecil, ia diharapkan dapat membantu meringankan beban mereka yang terlibat, agar dapat pulih dengan segera.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Selain itu, UMW Toyota Motor turut menawarkan “Pelan Pembayaran Mudah” pada kadar sifar peratus bagi pelanggan yang layak. Buat pemilik yang terjejas, semua pusat servis serta badan dan cat akan terus dibuka sepanjang tempoh ini.

Pemilik Toyota yang memerulkan bantuan juga boleh menghubungi 24SEVEN Road Assist yang dibuka 24-jam sehari, 7 hari seminggu. Hubungi Talian Bebas Tol Toyota 1-800-8-869682 (1-800-8-TOYOTA) atau layari www.toyota.com.my untuk maklumat lanjut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply