ARKIB

KATEGORI

Buletin

Banjir: Proton tawar diskaun 20 peratus alat ganti dan upah, servis tunda serta pembersihan percuma

Berita Tempatan

Views

Berikutan bencana banjir baru-baru ini yang melanda beberapa kawasan di bahagian Barat dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia, Proton tampil untuk menghulurkan bantuan buat semua pemilik keluarannya yang mengalami kerosakan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah, pihaknya ingin menghulurkan bantuan untuk memastikan kenderaan mereka boleh diperbaiki dan memberi keyakinan bahawa para pelanggan adalah keutamaan utama syarikat,

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Diskaun sebanyak 20 peratus bagi alat ganti tertentu dan upah akan ditawarkan kepada semua pelanggan yang terjejas oleh banjir dan telah melakukan laporan polis tentang kejadian itu.

Selain itu, caj tunda sebanyak RM200 dan caj pembersihan bahagian luar dan ruang enjin sebanyak RM100 akan ditanggung sepenuhnya pihak Proton.

Tambah Roslan, pihaknya akan berusaha untuk memperbaiki kenderaan pelanggan secepat mungkin dan menasihati mereka untuk terus ke pusat servis untuk menikmati faedah ini. Lebih-lebih lagi, alat ganti tulen turut diberikan jaminan.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Kata beliau, Proton agak bertuah kerana banjir baru-baru ini tidak menjejaskan barisan pengeluaran, namun lebih dari 1,000 warga Proton telah terjejas.

Oleh itu ahli-ahli Kelab Proton, organisasi sosial dan kesejahteraan dalaman untuk semua kakitangan, telah diaktifkan bagi menyediakan pakej penjagaan serta menawarkan servis pembersihan kepada rakan-rakan dan keluarga mereka.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian pelanggan Proton di 1-800-88-8398.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply