ARKIB

KATEGORI

Buletin

Banjir: Bank Rakyat tawar moratorium pijaman sehingga enam bulan

Berita Tempatan

Views

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) yang prihatin terhadap pelanggannya yang terkesan dengan bencana banjir menawarkan bantuan moratorium sehingga enam bulan bermula semalam.

Menurut Berita Harian, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Syed Abdul Aziz Syed Hassan berkata, inisiatif itu bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan pelanggan yang terjejas akibat banjir dan pada masa yang sama berdepan pula dengan kekangan kewangan akibat pandemik COVID-19.

Katanya, Bank Rakyat sentiasa komited membantu semua pelanggan yang terjejas, seiring dengan aspirasi ‘Keluarga Malaysia’ dan berharap bantuan ini dapat membantu melegakan mereka yang bimbangkan komitmen kewangan ketika waktu yang mencabar ini.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Justeru, pelanggan yang menghadapi kesukaran untuk meneruskan pembayaran pembiayaan bagi produk yang dilanggan boleh memohon bantuan moratorium ini.

Jelas beliau, ini termasuklah Pembiayaan Peribadi-i, Pembiayaan Perumahan-i, Pembiayaan Kenderaan-i, Sewa Beli Kenderaan-i, Pembiayaan Pendidikan-i, Pembiayaan Mikro-i dan penangguhan bayaran keuntungan bagi Pajak Gadai-i.

Pelanggan individu dan perusahaan mikro boleh memohon bantuan moratorium melalui e-mel [email protected] dengan menyertakan nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat terjejas, nombor telefon bimbit untuk dihubungi, jenis pembiayaan dan salinan bil utiliti yang mengesahkan alamat pelanggan.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Pelanggan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) boleh terus menghubungi Pusat Perniagaan PKS dan Koperasi (SME & Cooperatives (SMEC) Business Centre) bagi mendapatkan bantuan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan di talian 1300 800 800, layari laman www.bankrakyat.com.my dan mengunjungi cawangan Bank Rakyat atau Susulan Berpusat Wilayah yang berhampiran.

Selain itu mereka juga boleh mengikuti media sosial rasmi Bank Rakyat untuk mendapatkan maklumat dari semasa ke semasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit SuaraMerdeka.com

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply