ARKIB

KATEGORI

Buletin

Banjir: Setelah tergendala hampir dua minggu, pengeluaran Proton X50 disambung semula

Berita Tempatan

Views

Ini berita baik kepada bakal pemilik Proton X50 yang sedang menantikan SUV kompak mereka. Proton menerusi satu hantaran di laman Facebook rasminya memaklumkan yang mereka telah ‘mengaktifkan semula’ barisan pengeluaran model berkenaan yang terjejas akibat banjir baru-baru ini.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X70 MC1 ‘ronda-ronda’ sekitar Tanjung Malim

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah, setelah hampir dua minggu operasi tergendala berikutan banjir yang menjejaskan banyak pembekal komponennya, kini ia telah disambung semula.

Tambahnya, ia berjaya direalisasikan dengan kerjasama rapat antara Proton dan para vendor, dan ia merupakan contoh bagaimana mereka dapat bekerjasama untuk mengatasi isu yang menjejaskan ribuan orang.

JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800

Bagi membantu mempercepatkan usaha pemulihan, sukarelawan yang terdiri daripada kakitangan Proton membantu dalam operasi pembersihan di beberapa kemudahan pembekal.

Mereka juga menghulurkan bantuan kepada rakan-rakan kakitangan yang mana rumah mereka rosak akibat banjir. Tambah Roslan, pemulaan semula pengeluaran yang pantas juga bermakna pihaknya akan mempunyai lebih banyak stok bagi memenuhi pesanan daripada pelanggan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Proton Cars

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply