ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bukan ‘iring balak VIP’, itu sebenarnya “Ops Khas Lori Balak” JPJ Negeri Kelantan

Tular

Views

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi satu hantaran di laman Facebook rasminya, membuat penjelasan berhubung tindakan warganet yang telah memuat naik satu video yang tular di laman sosial sejak semalam.

Video tersebut memaparkan kenderaan jabatan yang sedang mengiringi beberapa buah lori balak di kawasan Gua Musang yang sebenarnya adalah sebahagian daripada “Ops Khas Lori Balak” yang dilaksanakan oleh JPJ Negeri Kelantan pada 3 Januari lalu.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X70 MC1 ‘ronda-ronda’ sekitar Tanjung Malim

Menerusi Ops Khas tersebut, pihak JPJ telah berjaya menahan sebanyak 30 buah lori balak di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang dan telah melakukan pemeriksaan, sebelum kesemua lori terbabit telah diarahkan untuk ditimbang di Stesen Penguatkuasa (SPK) Mentara, yang telah diiringi oleh kenderaan rasmi jabatan.

Dalam operasi tersebut, JPJ telah mengeluarkan 56 notis kesalahan, iaitu 23 notis di bawah Seksyen 82(1) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010. 31 notis lagi adalah bagi lain-lain kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800

Tindakan kenderaan jabatan mengiringi lori-lori tersebut adalah semata-mata bertujuan untuk memastikan pemandunya tidak meloloskan diri dan akan terus ke lokasi yang diarahkan. Selain itu, tindakan tersebut juga merupakan Prosedur Operasi Standard (SOP) jabatan dalam memastikan keselamatan pengguna-pengguna jalan raya yang lain.

Pihak JPJ memandang serius akan sebarang persepsi negatif yang telah dibuat oleh warganet yang mendakwa jabatanseolah-olah melindungi lori-lori balak tersebut”. Ia dilihat telah mencalarkan imej tanpa mengetahui gerak kerja sebenar JPJ dalam menangani isu lori balak terlebih muatan.

Pihak JPJ juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan susulan dengan membuat laporan polis, sekiranya didapati tuduhan tersebut mampu menggugat kredibiliti dan imej JPJ dalam melaksanakan tugas rutin sebagai suatu badan penguatkuasa jalan raya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply