ARKIB

KATEGORI

Buletin

Banjir: Syarikat insurans berdepan tuntutan hingga RM3 bilion

Berita Tempatan

Views

Industri insurans am berdepan dengan tuntutan berkaitan banjir dianggarkan antara RM2 bilion hingga RM3 bilion berikutan bencana alam yang melanda di beberapa kawasan dalam negara baru-baru ini.

Menurut Berita Harian, Persatuan Industri Am Malaysia (PIAM) dalam satu kenyataan berkata, anggaran itu termasuk daripada tuntutan persendirian dan komersial yang berpotensi dan sebenar, berpunca daripada banjir kilat selain musim tengkujuh yang akan datang dalam beberapa minggu serta bulan akan datang.

Disebabkan banjir teruk luar biasa seperti yang dilaporkan secara meluas di pelbagai tempat dalam negara ini, industri insurans am berpotensi menghadapi peningkatan sebanyak RM2 bilion hingga RM3 nilion jumlah pendedahan tuntutan berkaitan banjir.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

PIAM berkata, sebagai tambahan kepada jumlah pembayaran tuntutan yang dianggarkan di atas untuk bencana ini, industri insurans am turut menghulur bantuan dengan menyumbang RM2.43 juta kepada Dana Bantuan Banjir @ Dis 2021 yang baharu ditubuhkan sebagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) menyokong komuniti permotoran yang terjejas teruk semasa zaman sukar ini.

Inisiatif industri insurans am ini akan melebihi komitmen sedia ada oleh penanggung insurans sejak bencana banjir berlaku, iaitu mempercepatkan penyelesaian tuntutan, menyediakan langkah bantuan khas tambahan, dan bantuan ‘ad hoc ex-gratia‘ selanjutnya, seperti yang ditentukan oleh penanggung insurans am individu.

Persatuan itu menambah, bantuan CSR ini pada awalnya adalah dalam bentuk subsidi ke arah pembersihan di bengkel untuk kenderaan yang terjejas secara langsung akibat banjir yang mana masih belum dibaiki lagi pada peringkat ini.

Subsidi ini bagaimanapun dihadkan sekali beri bagi setiap kenderaan sebanyak RM500 untuk kereta/ kenderaan perdagangan dan RM100 untuk motosikal.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Pihak yang menuntut perlu mengemukakan bukti diperlukan mengenai kerosakan banjir pada kenderaan mereka dan bukti perlindungan insurans terdahulu.

Kenderaan terbabit mestilah sama ada diinsuranskan pada masa ini (sebarang jenis polisi motor dengan atau tanpa perlindungan banjir adalah layak) atau kenderaan yang kali terakhir diinsuranskan pada 1 Jun 2021.

Pada peringkat ini, dana akan ditutup sebaik sahaja jumlah yang dicagarkan sebanyak RM2.43 juta sudah habis digunakan.

Selaras dengan objektif CSR itu, PIAM mengalu-alukan sumbangan daripada pihak atau industri lain terhadap Tabung Bantuan Banjir yang akan memanjangkan hayat dana itu dan seterusnya membantu lebih ramai pemandu yang terjejas.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply