Seorang lelaki bukan sahaja membahayakan dirinya sendiri malah turut melibatkan seorang kanak-kanak perempuan dipercayai anaknya apabila menunggang motosikal secara mengangkat tayar hadapan atau ‘wheelie’.
KOSMO! ONLINE melaporkan, tindakan bapa itu dipercayai bagi meraih perhatian dan ‘like’ di laman sosial setelah video berdurasi 36 saat mula tular sejak petang semalam.
Bagaimanapun aksi itu membawa padah apabila lelaki berkenaan ditahan pasukan polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara, pada hari yang sama.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd. Wahid berkata, pihaknya menerima satu rakaman video yang tular di laman Facebook pada pukul 3 petang.
Menurutnya, video berdurasi 36 saat itu memaparkan seorang lelaki menunggang motosikal Honda EX5 secara berbahaya bersama seorang kanak-kanak perempuan.
Lelaki itu melakukan aksi ‘wheelie’ di Jalan Bukit Impian 1, Taman Impian Emas, Skudai, dipercayai semata-mata bagi meraih perhatian warganet di media sosial.
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
Rupiah berkata, hasil siasatan mendapati aksi berkenaan dirakamkan menerusi bantuan rakan lelaki itu sebelum dimuat naik ke Facebook pada pukul 7 malam, 15 Februari lalu. Menurutnya, polis berjaya mengesan dan menahannya bagi membantu siasatan.
Ujar beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan jika disabit kesalahan boleh dipenjara sehingga lima tahun dan didenda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih daripada RM15,000.
Selain itu, katanya, tiga saman turut dikeluarkan atas kesalahan nombor pendaftaran kenderaan tidak mengikut spesifikasi, cukai jalan tamat tempoh dan tidak memakai topi keledar.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
KOMEN TERKINI