ARKIB

KATEGORI

Buletin

30 vendor tempatan terima Anugerah Kecemerlangan 2021 CCC-ECRL

Berita Tempatan

Views

Kontraktor kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd (CCC-ECRL), baru-baru ini telah menyampaikan Anugerah Kecemerlangan 2021 kepada 30 vendor tempatannya.

Anugerah yang memasuki edisi kedua itu mengiktiraf amalan dan prestasi terbaik rakan projeknya dalam aspek pengurusan kesihatan, keselamatan dan alam sekitar (HSE), pengurusan kualiti, pengurusan kemajuan dan peruntukan sumber.

Setakat Januari 2022, projek ECRL telah mencapai kadar kemajuan 27.19 peratus. Pencapaian yang disasarkan untuk kadar kemajuan projek adalah mencecah 37 peratus menjelang akhir 2022. Ketika ini, terdapat 459 subkontraktor, 827 pembekal dan 80 perunding menjadikan jumlah keseluruhan 1,375 kontraktor tempatan telah dilantik.

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

Menurut Pengarah Urusan CCC-ECRL, Kong Qi, kejayaan kemajuan projek ini adalah bukti dedikasi dan sumbangan subkontraktor, pembekal dan perunding tempatan. Pihaknya turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan projek atas sumbangan yang diberikan.

Salah seorang penerima anugerah, kontraktor Bumiputera dari Pantai Timur, iaitu Sincere Image Sdn Bhd. Pengarahnya Mohd Faizal Ramli berkata, projek ECRL telah mencipta keadaan yang stabil dalam sektor pekerjaan untuk komuniti Pantai Timur, lebih-lebih lagi sejak berlakunya kemelesetan ketika pandemik COVID-19.

Since Image Sdn Bhd adalah subkontraktor dari Pantai Timur sejak awal Februari 2020. Penglibatan syarikat itu dalam projek ECRL termasuklah menyiapkan pembinaan fasiliti kem, loji pembancuh dan gudang di Seksyen 3, Kuala Terengganu.

JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?

Kerja-kerja lain yang masih berjalan di bawah kendalian Sincere Image adalah kerja substruktur untuk pembinaan jambatan di Sekyen 1, Kota Bharu, Seksyen 2, Kuala Terengganu dan Seksyen 4, Dungun.

Sementara itu, subkontraktor Pantai Timur lain, FLT Machinery Sdn Bhd mempunyai kepakaran dalam kerja tanah, kerja perobohan dan pembekalan jentera berat dan peralatan. Sumbangannya terhadap projek ini meliputi menambak, tebus guna tanah, saliran, lencongan jalan, kotak pembentung, turun naik jambatan dan sebagainya.

Ujar Pengarah Projek FLT Machinery Sdn Bhd, Lim Chee Tat, anugerah yang diberikan CCC-ECRL ini akan memberi motivasi dan lebih semangat kepada pihaknya untuk berusaha mencapai kecemerlangan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply