ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bas ekspres MARA Liner diubah suai jadi PPV bergerak, sasar komuniti luar bandar

Berita Tempatan

Views

Sebanyak 17 bas ekspres MARA Liner Sdn Bhd diubah suai menjadi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bergerak untuk digunakan bagi mempercepatkan proses vaksinasi kepada komuniti luar bandar khasnya masyarakat Orang Asli di seluruh Semenanjung.

Menurut Berita Harian, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, berkata setiap unit PPV bergerak bas MARA Liner mempunyai sembilan kaunter vaksinasi termasuk satu untuk golongan orang kurang upaya (OKU) dan boleh memberikan vaksin kepada 1,200 penerima apabila beroperasi selama 10 jam.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Katanya, sebagai percubaan, dua unit PPV bergerak MARA Liner akan berlepas ke Sungai Siput di Perak Sabtu ini untuk program pemberian vaksin kepada masyarakat Orang Asli di beberapa kampung sekitar kawasan itu. Tambah beliau, Perak negeri yang mempunyai masyarakat Orang Asli paling ramai selain Pahang.

Dr Abdul Latiff berkata, operasi PPV bergerak MARA Liner merangkumi beberapa kaunter yang didirikan di bawah khemah bersebelahan PPV bergerak berkenaan termasuk kaunter untuk proses pengesahan, pendaftaran, konsultasi dan pemerhatian kepada penerima vaksin.

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

Beliau berkata, semua kaunter ini selaras dengan syarat ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM). Katanya, setiap PPV bergerak MARA Liner dilengkapi dua doktor dan jururawat dari U.n.i KLINIK, rangkaian klinik dibangunkan melalui program ProSPEC di bawah MARA, manakala bekalan vaksin daripada KKM.

PPV berkenaan akan memberikan vaksin kepada komuniti luar bandar tanpa mengambil kira sama ada mereka berdaftar melalui aplikasi MySejahtera atau tidak. Mereka di luar bandar yang tidak pernah mendaftar untuk mendapatkan vaksin masih boleh mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 di PPV bergerak MARA Liner.

Dr Abdul Latiff berkata, Kementerian Pembangunan Luar Bandar komited memastikan komuniti luar bandar mendapat akses kepada vaksin COVID-19. Sementara itu, beliau berkata, setakat hari ini, 28,143 daripada keseluruhan 206,000 komuniti Orang Asli di seluruh Semenanjung sudah menyatakan persetujuan untuk menerima vaksin.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto MARA Liner Sdn. Bhd

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply