ARKIB

KATEGORI

Tular

Bas mengundur gara-gara ‘terlepas simpang’, syarikat boleh disenarai hitam – JPJ

Tular

Views

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menggerakkan pasukan penyiasat daripada Unit Pengurusan Aduan dan Siasatan bersama Unit JPJ Inspection and Safety Audit (JISA) bagi menyiasat klip video tular berkenaan sebuah bas mengundur ke belakang di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) sejauh kira-kira 1 kilometer (km).

Pengarah JPJ Melaka, Muhammad Firdaus Shariff berkata, video dimuat naik melalui platform media sosial Facebook itu berdurasi 43 saat memaparkan rakaman bas mengundur ke belakang dipercayai terlepas simpang susur keluar ke Simpang Ampat, Alor Gajah dekat Melaka.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?

Beliau berkata, notis panggilan temu siasat di bawah Seksyen 114 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 telah dikeluarkan kepada pemilik kenderaan berkenaan. Ini bagi mengenal pasti butir-butir pemandu bagi melengkapkan siasatan berkenaan kes tersebut.

Kegagalan mematuhi notis panggilan temu siasat di bawah Seksyen 114 APJ 1987 akan dikenakan tindakan kompaun kepada pemilik syarikat dan tindakan senarai hitam akan diambil sekiranya gagal membayar kompaun tersebut.

Tambah Muhammad Firdaus, sekiranya didapati bersalah, pemandu terlibat boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 79 (2) APJ 1987 kerana tidak mematuhi atau mengabaikan isyarat lalu lintas.

JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k

Jelasnya, selain itu, pemandu bas juga boleh disiasat mengikut Kaedah 15 (d) Kaedah-kaedah Kenderaan Perkhidmatan Awam 1959 kerana tidak memastikan keselamatan penumpang semasa berada di dalam atau semasa menaiki atau turun daripada kenderaan.

Pemandu itu juga boleh didakwa mengikut Kaedah 53 Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 kerana memandu kenderaan di lorong kecemasan.

JPJ memandang serius perkara ini dan menasihatkan semua pemandu kenderaan persendirian, perkhidmatan awam dan perdagangan mematuhi peraturan jalan raya. – UTUSAN

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply