ARKIB

KATEGORI

Buletin

Aplikasi Toyota MY dilancarkan – Toyota Drive dan Toyota 24Seven kini bergabung dalam satu platform!

Berita Tempatan

Views

UMW Toyota Motor (UMWT) telah melancarkan aplikasi Toyota MY baharu bagi peranti iOS dan Android. Aplikasi ini menggabungkan ciri Toyota Drive dan aplikasi Toyota 24Seven dalam satu platform yang mudah digunakan.

Menurut Presiden UMW Toyota, Datuk Ravindran K., Toyota mengamalkan falsafah ‘kaizen’, yang bermaksud peningkatan berterusan, bukan sahaja reka bentuk dan pembuatan kenderaan, malah pengalaman pelanggan dan titik sentuhnya.

Aplikasi Toyota MY terbaharu ini menggabungkan fungsi daripada aplikasi yang sebelumnya ke dalam antara muka tunggal yang mesra pengguna.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?

Pemilik Toyota kini boleh mengakses maklumat penting tentang kenderaan mereka dengan mudah, seperti menjadualkan janji temu servis, menyemak mata keahlian Loyal-T, mendapatkan bantuan tepi jalan 24Seven, mencari outlet Toyota berhampiran serta banyak lagi.

Selain itu, aplikasi ini berfungsi sebagai hab hebahanuntuk berita dan promosi terkini Toyota. Ia juga akan menjadi platform digital utama UMWT untuk memperkenalkan inovasi dan penambahbaikan baharu.

Sebelum ini, pemilik Toyota dikehendaki memasang dua aplikasi berbeza, iaitu Toyota Drive yang dilancarkan pada 2017 dan aplikasi Toyota 24Seven.

Berikutan pengenalan aplikasi Toyota MY, kedua-dua aplikasi Toyota Drive dan Toyota 24Seven akan ditamatkan secara berperingkat.

JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k

Pengguna Toyota Drive sedia ada hanya perlu mengemas kini aplikasi dan ia akan dikemas kini kepada aplikasi Toyota MY yang baharu.

Mereka kemudiannya boleh log masuk ke Toyota MY menggunakan alamat e-mel berdaftar semasa, selepas proses ‘setup‘ yang cepat dan mudah.

Pelanggan baharu Toyota digalakkan untuk mendaftarkan butiran mereka di cawangan Toyota pilihan mereka semasa pembelian kenderaan bagi memudahkan proses mencipta akaun baharu.

Anda boleh memuat turun aplikasi Toyota MY menerusi AppleApp Store atau Google Play Store.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply