Shell Malaysia hari ini melancarkan koleksi kereta kawalan jauh eksklusif yang diinspirasikan dari watak-watak Star Wars hasil usaha sama dengan The Walt Disney Company Southeast Asia.
Koleksi Star Wars™ Racers yang pertama di dunia ini sudah pastinya mengujakan para peminat dan pengumpul koleksi kereta mainan.
Ada enam enam rekaan kereta yang akan ditawarkan satu model setiap minggu, bermula dari 6 Oktober hingga 19 November. Berikut adalah senarai koleksi Star Wars™ Racers:
- Darth Vader™ Racer
- Stormtrooper™ Racer
- Darth Maul™ Racer
- The Mandalorian™ Racer
- Boba Fett™ Racer
- BB-8™ Racer
Kereta kawalan jauh Bluetooth edisi terhad ini kecuali Darth Vader™ Racer, boleh dibeli dengan harga RM49.90 dengan pembelian minima RM50 minyak Shell FuelSave 95, Shell V-Power 97 atau Shell V-Power Racing dalam satu resit tunggal.
JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
Bateri pintar Bluetoothnya pula boleh didapati dengan harga RM30 dengan pembelian minima yang sama seperti model kereta. Darth Vader™ Racer adalah percuma dengan setiap pembelian Shell Helix Ultra/Power 4L di Stesen Shell.
Bagi melengkapkan koleksi, pelanggan juga boleh membeli Kotak Khas dengan harga RM89.90 apabila mereka membeli Shell V-Power Racing sebanyak RM80 dalam satu resit tunggal.
Kereta Darth Vader™ Racer tampil dengan rekaan elegan dengan kemasan hitam yang merupakan identiti utama watak antagonis ini. Rekaan jeriji kereta ini mengingatkan pada topeng Vader, lengkap dengan lampu LED belakang yang diinspirasi dari matanya.
Stormtrooper™ Racer pula mengadaptasikan penampilan yang bersih dan minimalis, dengan warna putih berkilat yang menjadi ciri utama Tentera Imperial ini.
Darth Maul™ Racer dicat dengan lapisan logam merah darah yang berkilau, lengkap dengan rekaan bumbung yang terinspirasi oleh tanduknya.
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
The Mandalorian™ Racer pula dicat dengan lapisan perak kusam yang diinspirasi dari Din Djarin dan baju beskar-nya. Anda juga melihat signatur The Mandalorian™ yang menghiasi roda belakang sebelah kanan.
Kereta Boba Fett™ Racer pula diinspirasikan dari ‘lekukan’ pada topeng pemburu ganas itu yang dicat dengan warna hijau kusam gaya tentera, selain mempunyai model mini pengesan sasaran watak tersebut.
Akhir sekali BB-8™ Racer yang diinspirasikan dari ‘astromech‘ yang setia dengan menampilkan reka bentuk yang kompak dan bulat. Kereta ini mengenakan ‘liveri’ kombinasi warna jingga dan putih yang menonjol.
Menurut Pengurus Besar Shell Mobility Malaysia, Seow Lee Ming, Shell Malaysia berasa bangga kerana menjadi yang pertama di dunia menggabungkan rekaan kereta lumba yang terinspirasi oleh Star Wars, bukan sahaja pada kereta mainan bahkan juga versi digital.
Koleksi Star Wars™ Racers Shell masih mengekalkan semua ciri istimewa, termasuk kawalan Bluetooth dan bateri pintar eksklusif dari Koleksi Shell Motorsports tahun lalu.
Pelanggan boleh menikmati pengalaman perlumbaan yang mendebarkan dengan memuat turun Aplikasi Perlumbaan Shell di App Store dan Google Play.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
KOMEN TERKINI