ARKIB

KATEGORI

Buletin

Batal permit sekolah memandu tawar ‘lesen kopi O’ – Anthony Loke

Berita Tempatan

Views

Kementerian Pengangkutan memberi amaran akan menamatkan permit operasi institut memandu (IM) yang didapati terbabit dengan lesen kopi O atau lesen terbang.

Menterinya, Anthony Loke, berkata atas dasar itu kementerian menggalakkan IM supaya mula melaksanakan sistem pengujian lesen memandu secara automasi atau ‘eTesting‘ untuk mengelak gejala itu.

Beliau mengakui gejala berkenaan sudah lama berlarutan dan tidak menafikan ia masih wujud, namun sudah berkurangan.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?

“Jangan terbabit dalam apa-apa unsur yang tidak baik, unsur rasuah. Mesti kita hapuskan bersama sebab sudah lama saya dengar ada lesen kopi O, lesen terbang dan macam-macam lagi.

“Ini yang kita nak betul- betul hapuskan. Kerana kalau kita terbabit dengan perkara ini, yang menjadi mangsa adalah anak-anak muda kita,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-10 Akademi Memandu RDS dan Pelaksanaan Projek Lesen Orang Asli, di Seremban semalam.

Beliau berkata, kementerian juga menggalakkan IM supaya beransur-ansur menormalisasikan sistem berkenaan sebelum ia diwajibkan pada masa akan datang bagi mengelakkan sebarang masalah jika dilaksanakan secara mendadak.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

“Kita mahu sistem ini jadi satu budaya. Hala tuju dalam masa lima tahun kita akan wajibkan, setakat ini kita bagi kelonggaran sedikit.

“Saya tidak mahu dalam beberapa tahun ini tiada langsung IM yang ambil eTesting, tiba-tiba menjelang tahun kita wajibkan semua, kita akan ada gangguan. Kita tidak mahu ada gangguan. Kita nak buat secara ansur-ansur supaya biasakan diri dalam kalangan IM dan pelatih, supaya ia jadi pilihan kepada semua,” katanya.

Mengulas mengenai sindiket yang masih berani menawarkan lesen memandu tanpa ujian yang sepatutnya, beliau mendedahkan kini wujud sindiket penipuan yang menawarkan pakej berkenaan menerusi media sosial.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit 南洋商报·森美兰

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply