Pergelangan tangan manusia ditemui di lokasi kebakaran kereta berhampiran Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan, hari ini.
Pergelangan tangan dipercayai bahagian kiri itu dijumpai di atas jalan raya oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambun ketika operasi memadam kebakaran dilakukan.
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
Difahamkan, berlaku pergaduhan membabitkan sekumpulan individu di lokasi kejadian sebelum mereka bertindak membakar sebuah kereta jenis Toyota Vios.
Ketua BBP Tambun, Mohd. Jamalludin Mat Yusop berkata, maklumat diterima pihaknya pada pukul 11.16 pagi dengan sembilan anggota diatur gerak ke lokasi kejadian.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Katanya, ketika jentera bomba tiba di lokasi tersebut, didapati sebuah kereta jenis Toyota Vios sedang marak terbakar membabitkan kemusnahan 95 peratus.
Berhampiran lokasi kejadian, terdapat dua buah kereta jenis Honda Accord dan Proton Saga yang terbabit pelanggaran. Bagaimanapun, tiada mangsa ditemui melainkan pergelangan tangan manusia di atas jalan.
Menurut beliau, kebakaran berjaya dikawal pada pukul 11.30 pagi dan kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Mohd Kamal
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI