ARKIB

KATEGORI

Buletin

BAuto lancar Peugeot 3008 dan 5008 facelift CKD – Varian tunggal, harga dari RM161,616

Berita Tempatan

Views

Bermaz Auto Alliance (BAuto) yang dilantik sebagai pengedar baharu jenama Peugeot di Malaysia secara rasminya melancarkan dua model SUV, 3008 dan 5008 facelift pemasangan tempatan (CKD) yang dihasilkan dari fasiliti pengeluaran milik Stellantis di Gurun, Kedah.

Peugeot 3008 dan 5008 facelift ditawarkan dalam varian tunggal iaitu Allure dengan tanda harga RM161,616 untuk 3008, manakala 5008 dijual pada harga RM177,311 (atas jalan tanpa insurans, termasuk pengecualian cukai SST).

Kedua-dua SUV ini berkongsi enjin yang sama, 1.6 liter Twin Scroll THP (Turbo High Pressure) yang menjana 165 kuasa kuda dan 240 Nm daya kilas. Enjin ini disambungkan pula kepada transmisi enam-kelajuan automatik menerusi pacuan roda hadapan.

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

Lima pilihan warna ditawarkan, dengan tiga warna untuk kedua-dua model iaitu Amazonite GreyPearl White dan Nera Black, manakala dua warna lagi, iaitu Cuprite Brown hanya untuk 3008 dan Emerald Crystal untuk 5008 sahaja.

Dari segi rekaan, ia menampilkan jeriji nirbingkai (frameless), bampar dengan reka bentuk baharu, lampu hadapan jenis LED dan lampu siang LED (DRL) yang seakan bentuk sepasang taring. Rekaan lampu belakang LEDnya juga unik kerana ia berbentuk seperti kesan cakar dengan lampu signal nyalaan berurutan.

Melengkapi penampilan luaran adalah rim bersaiz 18-inci Los Angeles untuk 3008 dan Detroit untuk 5008. Antara ciri menarik yang lain adalah pintu belakang bebas tangan, bumbung panorama, sstem kemasukan tanpa kunci dan penderia parkir depan serta belakang.

JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

Di ruangan kabin, ia masih mengekalkan falsafah reka bentuk i-Cockpit dengan paparan instrumen digital bersaiz 12.3-inci dipertingkatkan dengan animasi grafik dan kontras lebih baik. Di tengah papan pemukanya pula terletak unit infohibur dengan skrin sentuh bersaiz 10-inci yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto.

Dari segi keselamatan, kedua-dua model ini dilengkapi dengan ciri keselamatan terkini antaranya, kamera belakang 180° Visiopark 1, Bantuan Kekal Lorong Aktif, Amaran Perhatian Pemandu, Pengecaman Halaju, Pemantau Titik Buta, Kawalan Cengkaman Termaju dengan lima mod (Normal, Snow, Mud, Sand, dan ESP-off), dan Bantuan Kawalan Melungsur.

Ciri keselamatan standard pada kedua-dua model ini terdiri daripada 6 beg udara SRS, Sistem Brek Anti-Kunci, Program Kestabilan Elektronik, Agihan Brek Elektronik, Bantuan Brek Kecemasan, Kawalan Kestabilan Dinamik, Regulasi Anti-Gelincir dan Bantuan Mula Mendaki.

Peugeot 3008 dan 5008 facelift ditawarkan dengan waranti selama lima tahun atau perbatuan sejauh 100,000km. Kedua-duanya turut serta servis penyelenggaraan percuma selama tiga tahun atau 60,000 km (yang mana terdahulu).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply