ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bayon – Crossover mini terbaharu dari Hyundai

Berita Global

Views

Anda mungkin perasan, sejak kebelakangan ini semakin banyak pengeluar kereta sedang berlumba-lumba menghasilkan model SUV dan crossover bersaiz kompak kan? Gergasi automotif dari Korea Selatan, Hyundai turut tidak ketinggalan dalam perlumbaan ini dengan memperkenalkan model crossover kompak terbaharunya, Bayon.

Model ini dijangka bakal berentap dengan Ford Puma, Volkswagen T-Cross dan Nissan Juke, dengan jangkaan harga sekitar £17,000 (RM96,150). Dari segi dimensi, model yang disebut “Bye-On” ini berukuran 4,180mm panjang, 1,775mm lebar dan jarak antara gandar 2,580mm menawarkan ruang lega kepala yang lebih selesa serta ruang bagasi yang agak besar, 411 liter.

JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!

Bayon adalah crossover kompak yang menggunakan model hatchback i20 sebagai asas, namun ia tidak ditawarkan dengan pacuan empat-roda (4WD). Bagi mengaburi model asasnya, para pereka Hyundai telah menyuntik gaya rekaan Kona bagi menjadikan Bayon lebih sesuai dengan imej lasaknya.

Paling ketara adalah lampu siang (DRL) nipis yang memisahkan hud dengan bampar depannya, manakala lampu depan berbentuk anak panah pula mempunyai kesinambungan reka bentuk dengan lampu belakang. Di ruang kabin, boleh dikatakan hampir kesemuanya dikongsi dengan i20 dan semua varian ditawarkan dengan paparan instrumen 10.25-inci di belakang stereng.

JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat

Bukan itu sahaja, di tengah konsol papan pemuka juga ditawarkan dengan paparan skrin sentuh untuk unit infohiburan, bersaiz 8-inci untuk versi asas atau pilihan 10.25-inci yang turut merangkumi navigasi. Untuk unit penjana pula, dua versi akan ditawarkan dari unit enjin yang sama, 1.0-liter tiga-silinder turbo.

Versi asasnya mampu menghasilkan 98 kuasa kuda dengan 172Nm daya kilas, manakala satu lagi versi mampu menjana 118 kuasa kuda dengan jumlah daya kilas yang sama. Kedua-duanya digandingkan dengan sistem hibrid ringan 48v dan dipadankan bersama pilihan transmisi enam-kelajuan manual atau tujuh-kelajuan DwiCekam (DCT).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung
JOM BACA >> Perodua mula siar foto acah Ativa (D55L) di laman sesawang
JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT
JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply