ARKIB

KATEGORI

Buletin

Belanjawan 2025: Penyasaran subsidi petrol RON95 bakal dilaksana pertengahan tahun depan

Berita Tempatan

Views

Kerajaan bercadang melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan tahun 2025.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata penjimatan yang dicapai daripada penyasaran subsidi bahan api itu akan dimanfaatkan untuk kesejahteraan rakyat terbanyak.

Kementerian Ekonomi sebelum ini memaklumkan, mekanisme penyasaran subsidi RON95 akan menggunakan sepenuhnya data Pangkalan Data Utama (PADU) manakala penentuan kumpulan sasar ditentukan berdasarkan pendapatan boleh guna bersih isi rumah.

Menurut kementerian itu, sistem PADU adalah repositori data individu dan isi rumah warganegara serta pemastautin tetap yang berada di Malaysia.

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026

Sementara itu, Anwar berkata, dana RM8 bilion hasil 40 peratus subsidi petrol RON95 yang dinikmati warga asing dan golongan maha kaya akan dimanfaatkan kepada kemudahan pendidikan, kesihatan serta pengangkutan awam.

“Hingga kini, harga RON95 Malaysia ialah RM2.05 ketimbang negara tetangga seperti Thailand RM5.85, Indonesia RM3.38, Singapura RM9.02 dan Arab Saudi (RM2.66).

“Harga yang rendah menyebabkan kerajaan menanggung jumlah subsidi RON95 tahun 2023 mencecah RM20 bilion,” kata Anwar yang juga Menteri Kewangan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, subsidi diesel yang dilaksanakan kerajaan yang membawa penjimatan RM4 bilion memberi manfaat kepada rakyat menerusi bantuan tunai Budi Madani berjumlah RM200 sebulan selain sektor logistik terpilih, nelayan dan pengangkutan awal kekal menikmati diesel bersubsidi.

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami

“Penyasaran subsidi diesel terbukti berjaya mengekang ketirisan akibat penyeludupan dan penggunaan oleh sektor perniagaan tidak layak.

“Sejak dilaksanakan, jualan diesel bersubsidi menurun 30 peratus dengan penjimatan lebih RM600 juta sebulan meskipun subsidi masih disediakan untuk pengangkutan awam, nelayan dan sektor logistik,” katanya.

Justeru, katanya, rakyat tidak harus musykil dengan pendekatan kerajaan yang akan mempertahankan kepentingan rakyat terbanyak.

Tambahnya, setiap penyasaran subsidi adalah untuk membetulkan ketempangan amalan subsidi pukal yang memberi manfaat kepada kelompok elit dan warga asing. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply