Dah kenapa pulak ni?
Sumber media sosial pic.twitter.com/xlxMa24xaz
— #UpdateInfo🇲🇾🌍 (@update11111) October 18, 2024
Polis menyiasat kes kekecohan di sebuah stesen minyak di Saujana Utama di Sungai Buloh membabitkan seorang wanita yang didakwa menyerang individu lain menggunakan sebatang buluh.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, laporan kejadian itu diterima Balai Polis Saujana Utama pada jam 10.36 malam Khamis oleh penyelia stesen minyak terbabit.
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
Menurutnya, laporan itu menyatakan kira-kira jam 7.50 petang, datang sebuah kereta dipandu wanita yang diparkir di belakang sebuah kenderaan lain dan menyebabkan pemiliknya tidak boleh keluar.
“Pada masa sama, terdapat pelanggan lain berada di situ meminta pemandu wanita itu mengalihkan kenderaannya, namun telah dimarahi.
“Akibat itu, berlaku kekecohan selepas wanita itu dikatakan cuba menyerang pelanggan terbabit dengan menggunakan sebatang buluh, namun dihalang orang awam,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
Beliau berkata, susulan itu, polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.
Katanya, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk hadir ke mana-mana balai berhampiran. “Maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Inspektor A Aruneswaari di talian 012-6972996,” ujarnya.
Sebelum itu, tular beberapa rakaman video memaparkan tindakan seorang wanita yang membuat kecoh di sebuah stesen minyak. – Sinar Harian
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
KOMEN TERKINI