ARKIB

KATEGORI

Tular

Bengang jalan rosak, penduduk bina kubur dalam lubang

Tular

Views

Penduduk sebuah perkampungan di daerah Klaten dalam wilayah Jawa Tengah gempar apabila berita mengenai sebuah ‘kubur’ yang terletak di tengah-tengah sebatang jalan raya heboh diperkatakan, lapor laman berita Suara.com, kelmarin.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Menurut K! ONLINE, ‘kubur’ tersebut sebenarnya dibina penduduk setempat sebagai tanda protes terhadap pihak berkuasa yang dikatakan tidak pernah membaiki jalan raya yang rosak di situ.

Daripada beberapa keping gambar yang dimuat naik di Instagram, jalan raya yang berlubang teruk itu dilihat terletak di tepi sebuah kawasan sawah padi.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Disebabkan keadaan itu, penduduk setempat membina ‘kubur’ yang lengkap dengan batu nisan serta taburan bunga di tengah-tengah jalan yang berlubang tersebut. Selain itu, mereka turut menanam dua batang pokok pisang pada bahagian jalan yang rosak tersebut.

Hantaran itu menerima pelbagai komen daripada pengguna yang menyokong tindakan penduduk bagi menarik perhatian pihak berkuasa. Ada yang di antara warganet yang secara sinis mengatakan “cantik jalan di Klaten”. Teringat kami pasal artikel Brotherhood sebelum ini, klik pautan untuk membaca artikel tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Detik News

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply