ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lebih 86 peratus warga Proton lengkap dua dos vaksin

Berita Tempatan

Views

Sempena pusingan kedua perlaksanaan program vaksinasi PIKAS minggu lalu, lebih 86 peratus dari 8,486 warga kerja Proton sudah divaksin sepenuhnya sebagai langkah pencegahan COVID-19. Ia dijangka meningkat kerana 98 peratus pekerja sudah menerima dos pertama.

Sama seperti pusingan pertama vaksinasi, kompleks sukan di kilang Tanjung Malim telah digunakan sebagai Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN), bagi menyediakan kemudahan vaksinasi bagi warga kerja serta pembekal di kawasan setempat, sementara mereka yang bekerja di Shah Alam mendapat vaksin di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC).

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong, pihaknya amat berterima kasih kepada MITI, MOSTI dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk segala bimbingan bagi memastikan semua yang mendaftar melalui aplikasi MySejahtera telah mendapat vaksin mereka.

Pihaknya menjangkakan lebih 80 peratus dari rangkaian operasi akan mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin menjelang akhir Ogos ini dan ini akan membantu syarikat untuk memulakan operasi sebaik sahaja industri automotif diberi lampu hijau untuk kembali beroperasi di seluruh negara.

Sebagai persediaan, Proton telah meneliti semula prosedur perniagaannya bagi mengurangkan kebarangkalian penyebaran jangkitan penyakit.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Operasi di setiap rangkaian telah diperketatkan untuk melindungi pelanggan dan pekerja sementara proses pembuatan di semua kilang Proton akan dipantau untuk mengurangkan sebarang risiko kebolehjangkitan kepada operasi di pelbagai peringkat.

Tambah Dr Li Chunrong, Proton komited untuk membantu Malaysia mengurangkan angka penularan wabak COVID-19 supaya mencapai matlamat Pelan Pemulihan Negara. Proton telah menghasilkan proses baharu di semua peringkat, dari kilang pembuatan ke pejabat korporat, bagi memastikan persekitaran bekerja yang baru dan selamat.

Ia juga bermaksud peraturan ketat akan dikuatkuasakan dan kaedah seperti mesyuarat dalam talian dan pembahagian kerja dari rumah dan pejabat akan menjadi norma baru dalam masa terdekat.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply