ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bengkel perdana Castrol Auto Service (CAS) yang pertama di Malaysia dibuka secara rasmi

Berita Tempatan

Views

Peneraju global dalam pelincir, Castrol, baru-baru ini telah merasmikan bengkel perdana, Castrol Auto Service (CAS) yang pertama di Malaysia.

Syarikat berpusat di Johor Bahru itu telah dikenal pasti untuk pengikitirafan ini kerana perkhidmatan pelanggannya yang luar biasa.

Ia memiliki empat cawangan di Johor Bahru, dengan cawangan Rosmerah berfungsi sebagai ibu pejabat mereka.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Bengkel perdana yang telah dinaiktaraf itu menggabungkan penjenamaan baharu Castrol dan menawarkan pelbagai perkhidmatan yang menyeluruh.

Era Maju Automobil berbangga dengan sejarahnya berkhidmat untuk masyarakat Johor Bahru selama hampir tiga dekad.

Ditubuhkan pada tahun 1996, perniagaan keluarga ini telah berkembang dari satu cawangan sehingga menjadi empat – membuktikan dedikasi mereka yang teguh demi menjamin kepuasan pelanggan.

Menurut pengurus bengkel, Joshua Wong, pihaknya menawarkan pelbagai perkhidmatan, dari penyelenggaraan kereta biasa penukaran minyak, pusingan tayar, dan penjajaran sehinggalah ke pengubahsuaian kenderaan harian dan kereta jenis “supercar“.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Pelancaran bengkel perdana ini menandakan satu langkah penting bagi Castrol di Malaysia, bagi menetapkan standard untuk pembangunan masa depan CAS.

Dengan lebih dari 600 outlet CAS di seluruh negara, Castrol komited untuk menyediakan akses yang mudah kepada perkhidmatan automotif berkualiti tinggi di seluruh negara.

Bengkel perdana ini mewakili tahap pengalaman pengguna yang baru, mempamerkan komitmen jenama terhadap inovasi dan kecemerlangan.

Pengarah Pemasaran Castrol Malaysia & Singapura, Keow Mei-Shan berkata, pihaknya berharap lokasi bengkel perdana baharu ini akan memberikan pengalaman yang luar biasa bagi pengguna di Johor Bahru dan sekitarnya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply