ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bentley keluarkan pembesar suara-berkualiti tinggi

Views

‘Naim for Bentley Mu-so’, dan ‘Naim for Bentley Mu-so qb’ ini bukan nama kawan kami atau loghat dari negeri Kelantan, tapi sebenarnya ia adalah nama pembesar suara dari pembuat kereta terkemuka Bentley. Sejak bila pula Bentley berkecimpung dalam dunia pembuatan audio pula ni? Jawapannya, ia dihasilkan bersempena dengan sambutan “100 tahun warisan dan ketukangan Bentley”.

Pembesar suara ini memang mempunyai seni dan nilai ketukangan yang tinggi dan teliti. Ia menampilkan signatur jenama tersebut pada alat kawalan putar (rotary), jeriji kemasan-Portland yang diambil dari palet warna jenama tersebut dan penggunaan kayu dan aluminium anodized. Selain itu, pembuatan sarung aluminiumnya dikatakan sepadan dengan motif jeriji pada pembesar suara model Bentley Bentayga.

‘Naim for Bentley Mu-so’ mampu mengeluarkan 450 watt menerusi enam pembesar suara-berkualiti tinggi dan harganya juga sudah tentu mahal, £1,195 (RM6,155.61) tidak termasuk cukai. ‘Naim for Bentley Mu-so qb’ pula mampu mengeluarkan 300 watt dan harganya lebih murah sedikit, £750 (RM3,863.35) tidak termasuk cukai. Berdarah terus hidung kami bila lihat tanda harganya.

Kedua-dua pembesar suara-berkualiti tinggi ini boleh digunakan untuk memainkan lagu kegemaran anda melalui aplikasi Spotify, radio internet radio, dan Airplay, atau strim muzik yang telah dimuat turun melalui sambungan Bluetooth. Kami yakin pembesar suara ini bakal menjadi mainan yang paling dihajati oleh golongan berada apabila tiba Hari Krismas nanti.

KLIK UNTUK BESARKAN

naim-for-bentley-home-speakers-2 naim-for-bentley-home-speakers-3 naim-for-bentley-home-speakers-1

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply