ARKIB

KATEGORI

Buletin

Berang “laluan tikus” ditutup, penghadang dan kawat duri SJR dibakar penduduk kampung

Berita Tempatan

Views

Akibat terlalu marah dek kerana “laluan tikus” ditutup, segelintir penduduk bertindak liar dengan membakar penghadang dan kawat duri yang telah didirikan oleh pihak polis. Menurut Astro AWANI, perbuatan khianat itu dikesan di Kampung Gong Lapang, Besut kira-kira jam 9.30 pagi pada Ahad.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata, masyarakat seharusnya memahami pentingnya untuk memutuskan rantaian jangkitan wabak COVID-19 apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?

Bagaimanapun ada masyarakat yang tidak mengambil endah dengan arahan yang telah dikuatkuasakan.
Katanya ianya terbukti dengan sikap tidak bertanggunjawab dengan merosakan penghadang dan kawat duri yang telah dibuat di sempadan Besut, Terengganu dan Pasir Putih, Kelantan.

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!

Tindakan itu, jelasnya, seperti memberontak kerana “laluan tikus” yang biasa mereka lalui telah pun ditutup sepenuhnya di sempadan antara kedua negeri itu. Susulan itu Roslee berkata pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut bersama Jabatan Kerja Raya telah meletakkan penghadang konkrit bagi memastikan laluan ini tidak dialihkan pada masa akan datang.

Katanya pihaknya juga sedang giat memburu individu yang melakukan perbuatan khianat berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api. Justeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dgn kejadian merosakan harta kerajaan, boleh terus menghubungi bilik gerakan IPD Besut di talian 09-6959999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k
JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply