ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ribuan motosikal rempuh sekatan jalan raya untuk balik kampung

Berita Global

Views

Beribu-ribu penunggang motosikal bertindak nekad merempuh sekatan jalan raya di sempadan Bekasi-Kerawang, Jawa Barat untuk pulang menyambut Aidilfitri di kampung halaman masing-masing. Menurut Sinar Harian, laman berita Warta Kota, jumlah motosikal yang banyak itu turut mengakibatkan kesesakan lalu lintas sepanjang lima kilometer.

JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?

Penunggang-penunggang motosikal itu juga tidak menghiraukan arahan pihak berkuasa supaya mereka berpatah balik, malah ada yang bertindak melawan arus. Susulan keengganan mereka untuk berpatah balik serta cubaan berterusan untuk melalui sekatan jalan raya, pihak keselamatan akhirnya terpaksa membuka penghadang jalan buat seketika bagi mengelakkan daripada berlakunya kejadian yang tidak diingini.

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!

Ini membolehkan penunggang-penunggang motosikal tersebut untuk melintasi kawasan sempadan dan menuju ke destinasi masing-masing. Ketua Pesuruhjaya Polis Bekasi, Hendra Gunawan berkata, pihaknya telah berusaha untuk menghalang orang ramai daripada melintasi kawasan sempadan.

Katanya, untuk mengelakkan kesesakan yang teruk, mereka terpaksa membuka penghadang sekatan. Pihaknya akan menambah bilangan anggota dan berharap agar kejadian ini tidak berulang. Pemerintah Indonesia melarang aktiviti pulang ke kampung (mudik lebaran) sempena Aidilfitri selama 12 hari bermula 6 hingga 17 Mei ini bagi mencegah penularan wabak COVID-19.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Liputan6

JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k
JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply